Saturday 26 January 2013

Cuti-cuti di Kota Kinabalu Sabah

Pfffttttt......!!

  Dimalam nan sepi ni...cewah..sambil nak tunggu masker muka aku ni kering, tetibe aku teringat plak time2 aku gi holiday kat kk. Bila tgk2 balik pict2 time tu..terasa nak share skali macamana indahnya pulau2 di Sabah. Pada yg belum pernah menjejakkan kaki ke negeri dibawah bayu ni...meh sini aku cerita sedikit sebanyak tentang pengalaman indah aku disana. Sambil tu bole la dapat sikit gambaran tentang tempat2 menarik di kk tu.

Aku ke KK pada penghujung Mei tahun lepas. Aku pergi dengan sepupu2 & kakak aku. Disebabkan Airasia membuat promosi tambang murah, maka aku tak teragak2 menempah tiket untuk ke kk ni. Mmg murah time tu. Ape lagi..poket aku pn bagi green light! Yeay! cuti2 Malaysia \(^^)/





Tu dia diantara pulau2 di sabah..cantik kan? ;)


Day 1

Flight ke kk ambik masa dalam 2 jam setengah. Kira panas bontot la jugak kan..hoho. Kami sampai kat sabah lbh kurang pkl 12.00 tgh hari. Disana kereta sewa dah menanti. Drive sendiri je senang..belasah je mana nak pegi. Tak payah ambik tour guide. Dalam Malaysia je pun kan...tp aku guna gps la..tak reti aaa nak bace peta..tah kemana2 plak kang. heheh!

Aku sewa perodua viva je..RM320 utk 4hari. Cukuplah utk kami berempat. Tp kitorg tak terpikir lak bagage2 kitorg yg bagak2 ni! Beg kakak aku la yg paling besar dan berat! Bawak dumbell agaknya. Bole la muat 4 bagage kat bonet blakang tu..kasi susun cun2..tapi seat blakang kene condongkan kedepan sikit..sbb lebar beg tu tak muat..kami susun beg tu tegak2..baru bole letak 4 beg sederet. Terpaksalah sepupu aku dua org tu duduk tegak kat blakang..tak leh nak bersandar..keh3...tp bayar sewa ttp same rata hokeh! :P

Alaa...time nak cek in & cek out je...lps tu beg kan tinggal je kat hotel...Aku sewa kat tune hotel je...masa tu pun murah. Lbh kurg RM110 sebilik utk 2 org selama 3malam. Murah kan? Tu dah termasuk toiletries, towel, 12jam sehari aircond. hahaa...tau2 la tune hotel cam airaisa gak. Ada lain2 cas dia. Tv, ekon, internet, towel pun lain cas. huh!
12jam aircond sehari pun dah cukup..bukannya nak dok hotel sepanjang masa...camtu baik tak yah gi bercuti. Dia kira macam topup kredit prepaid. Kalau dlm sehari tu kita berekon selama 2jam..pastu kita keluar jalan...belen utk kita nak berekon dlm hari tu tinggal la 10jam. Kira aku tak pernah la terputus bekalan ekon selama aku menginap kat situ time tu. hehe.

Hari pertama kami cuma pusing2 dibandar kk. Kebetulan tune hotel tu pun satu building dgn 1borneo shopping centre..jalan2 jap kat situ...makan2.. shopping2 skit...cam kat klang jugak la programnya. haha!
Kami jalan2 dan makan kat pantai tanjung aru. Pantai tu dekat dgn airport. Bole nampak la kapal terbang turun naik dari situ. Petang tu kami just buat program ombak rindu jelah (rindu semenanjung..ekeke) sambil bersiar2 di bandar kk. ;) Bab makannya..aku makan biasa2 mcm kat semenanjung gak..sbb tak berani nak mkn sebarangan. Kang tak bercuti lak kan. hoho. Masakan dorg..emm..biasa2 je..sikit tawar..banyak...& mahal!! Kalau nasi goreng tomyam kat klang RM5.00 - RM6.00 kat kk RM8.00. Amek ko! mgkin sbb kuantiti dia agak byk. Tp aku tak dpt nak abiskan pun..
Malamnya pula kami shopping2 kat pasar Filipina. Yang ni aku suka. Bab2 nipiskan poket..bukanlah suke..tp apa yg aku dapat tu yg aku suka! pfffttt!!! ;P

Aku mmg suka beli souvenir2 atau apa yg aku rasa luar biasa yg tak byk dijual ditempat tinggal aku atau barang2 yg melambangkan sesebuah negeri or negara itu. Lagipun aku suka kumpul fridge magnet dari pelbagai tempat yg aku lawati..eceh...

Day 2

Esok harinya kami seharian di pulau manukan Sabah. Aku mmg dah siap2 sewa bot dr semenanjung lagi..sumenye dah well organized by aku & akak aku. Sepupu2 aku tu tinggal folo je.
Sewa bot tu aku dapat RM30 sorg skali dgn entrance fee ke pulau manukan tu. Kalau byk pulau yg korg singgah..lagi mahal la kot. Malas la aku nak pg byk2 pulau. sama je kot..

Perjalanan menaiki bot ke manukan ambik masa kira2 dalam 20-30minit je dgn bot laju. Mmg laju! kene berpegang. rasa cam nak melayang kelaut. hohoho. saje kasi ekstrem.

Bila kitorg sampai je kat pulau...masing2 dah kagum..terpesona dengan keindahan pulau tu. Indahnya Sabah! lebih cantik dari pantai2 di semenanjung kot :P
Korang tgk la sendiri. Biar gambar berbicara...;)





 Ikan2 turut berenang sama kalau pegi snorkling. Aku takut sbb ikan tu kadang menggigit..paha aku cam roti kot. Tp tgk air laut yg jernih dan kehijauan tu...sape tak geram nak berkubang! :D

Ni lagi...


                                    Mmg geram je tgk air kan..hehe...indahnya ciptaan Tuhan :)

Sampai sepupu aku ckp...ni la percutian yg paling best pada dia takat ni. huhu 



Kat pulau ni ada parasailing yg macam payung terjun tu. Takde apa la nak ditakutkan. sebab kita hanya duduk tergantung je bawah payung tu..bot laju yang tarik kita. Parasailing ni bole naik dua org. Pastu dia terbangkan la kita ke tengah laut. Yang tu seram gak. Bayangkan...tengah laut! Laut biru! Luas! dan kita diawangan bp meter je dari laut hanya dibawah sekaki payung. hoho..


Bagaikan burung terbang bebas di awan biru...merentasi lautan luas terbentang.. Siyes seronok!
Untung la si burung....
 


                                                                  Weeee,,,,,;D Syok taw!

Pict kat bawah tu time bot tu slow. So, bila slow turun la payung tu. Time tu aku cuak! sbb aku takut air. Menjerit2 la aku..ingat dorg nak rendamkan dlm air...gilo!
Takde la sampai benam2 dalam laut tuh. Just basah2 bontot jela...takut gak...tengah laut tu...huhuhu.. yela, buatnya ada ikan jos kat dlm tu..naya kaki aku kang. Cuba la rasa la naik mende ni. Bayarannya RM100 tp aku dapat RM70 haritu.
Dapat lak budak2 bot yg sporting gile. Patutnya parasailing ni cuma 15minit je. Tp kitorg sampai stgh jam or lebih. Siap bawak bot lagi :P
And sepupu2 aku siap dapat offer free je naik parasailing tu. Huh...tu la deh untungnya pg dgn group2 gugurl ni...ekekeke!

Day 3

Hari ketiga, setelah berhitam berentung kat laut tu...(ni yg aku tak suke bila kelaut) kami bersejuk2 ke kaki gunung kinabalu plak. Tang sejuk2 ni aku suke ;)
Kalau dah hitam2 muka & terbakar kulit dek panas matahari kat pulau tu..mmg makan masa sikit la nak cerah balik. Menci taw! Aku pnh terjumpa satu produk skin bleaching ni. Mmg bole putihkan kulit blk dgn serta merta. Ok ke tak produk tu nanti aku review. ;) Aku blom beli lagi..hihi

Untuk sampai ke kundasang - Ranau, perjalanan ambik masa lebih kurang 2jam. Jalan kesana agak mendaki. Ye laa..kawasan gunung kan..bukit2 mcm nak ke Genting. Disitu lah terletaknya gunung tertinggi di Malaysia, gunung kinabalu. Bila terlihatkan gunung kinabalu yg tersergam indah, kami berhenti di tepi jalan utk menikmati keindahan gunung tersebut. Subhanallah..puncaknya yg deselaputi awan.. teguh..tersergam indah..aku mmg suke tgk gunung la :) Insyaallah, kalau ada peluang..redi fizikal mental..aku nk tawan puncak gunung kinabalu tu!
Cuaca di kundasang memang agak dingin pada waktu tengah hari tu. Bole la nak pakai jaket. Bestnye dok kat tempat2 sejuk ni. Jimat ekon..kan..

Kanak-kanak riang


Kami singgah di pekan nabalu utk meninjau2 jualan disitu. Cam biasalah...mesti ada je utk dibawa pulang. hehehe..agak lama juga kami di pekan tu sebelum kami bertolak ke ranau. Dalam perjalanan ke ranau, banyak juga gerai2 pasar tani yg menjual hasil2 tani mereka. Harga pun berpatutan juga. Kami singgah makan sementara menunggu kenalan yg menetap di ranau. Bole la dia bawak kami bersiar-siar di ranau dan kinabalu park / kawasan kolam air panas nanti.

Kami ke Mesilau, nak masuk kene byr juga..tp aku taktau berapa sebab kawan aku org Sabah tu bayarkan utk semua. huhu. Ada jungle trekking kat situ..resort, kawasan ni agak mendaki...somput! nak tertanggal lutut! camne nak panjat kinabalu nih? Nak drive naik kawasan ni..mmg kene tekan minyak kuat2...viva kami tak bole naik..nasib baik ada kenalan kami tu,,dia sorg je laki..so dia la yg paksa kereta tu naik. Phew..aku cepat2 keluar dr kete...takut gostan kebelakang plak kang!

Viva kami berehat selepas penat mendaki

Sejuk2 pun bole nangis ketiak jalan2 kat sini :D

 Kami kemudian ke desa dairyfarm atau desa cattle. Bayaran masuk tempat ni adalah RM2 utk dewasa. Kawasan ternakan lembu ni mmg nampak macam new zealand. Lembu2 dia pun kaler itam putih cam lembu new zealand tu. Tapi...elok2 je turun dari kereta, bau menusuk2 kat idung...nak termuntah pun ada...mucuk...! Nak bergambar  punya pasal..kami tahan2 ler nafas tu...huhuh..melekat gak baunya kat baju!



Kami kemudian menuju ke kinabalu park & hot spring. Perjalanan agak jauh jugak aku rasa. Dan kami sudah mula keletihan. Cuaca lak time tu kejap hujan kejap tak. Aku terlelap gak time tu, so aku tak pasti bp lama perjalanan. (^^)v

Tempat ni dikenakan bayaran masuk sebanyak RM3 utk dewasa. Byaran dia lain2..setiap tempat tak kira la canopy walk ke, taman rama2 ke..Kira murah2 la gak bayaran2 masuk (bg warganegara) utk melawat tempat2 ni..Kami terus ke botanical garden dan canopy walk sebab aku kepingin sangat nak bergambar dengan burung enggang dan raflesia. Di sini dikenekan bayaran lain pulak...rate dia lebih kurang je. Kepada yg bawak kamera, tambahan cas dikenakan. Tapi...tak sampai suku berjalan...hujan pun turun selebatnya...terkandas la kami berhenti dibawah satu canopy utk menunggu hujan teduh. Hari pulak da lewat petang..da makin gelap..nampaknya terpaksalah batalkan niat aku nak ketemu sang enggang dan raflesia tu....uhuk! uhuk! kempunan aku....xpe..ada rezeki aku datang lagi :)

Bila hujan reda sikit..tp still bole basah gak..kami berlari jela ke kawasan air panas atau hot spring tu..dari tunggu je kat dalam hutan tu kan..kat situ, sambil tunggu hujan berhenti..bole gak rendam2 kaki dalam kolah air panas. Rilek skit kaki yg dah membantah ni. 


Air terjun di laluan masuk. Yang tu jambatan lama..agak scary..huhu





Kami tinggalkan tempat ni bila senja mula berlabuh. Kami sampai ke pekan kundasang utk berhenti mencari toilet dan cari2 apa yg patut. Pekan ni mcm pekan koboi. Masa ni blom pukul tujuh lg tp hari dah gelap macam dekat pkl lapan dah. Gunung kinabalu dah mula tak kelihatan sebab gelap. Dia punya angin...sejuk! menggigil gak aku. Brrr!

Gunung kinabalu masih kelihatan

Bila malam...dengan cuaca yg sejuk..bukan je Gunung kinabalu dah tak nmpk btg idungnye..jalan bengkang bengkok time nak turun tu pun dah susah nk nmpk. Kabus je...Kami tak bole nak lelap dlm kete sbb perjalanan agak adventure. Kabus..dgn lori byk turun naik. 4WD laju2..byk kali gak la kakak aku tak lepas memotong. Takpe..biar lambat...asalkan selamat..(aku nak tgk raflesia tu nanti woi...)

Kami sampai kt bawah lebih kurang dekat pukul 10malam..masing2 dah lapar dan letih. Kat pekan kundasang td dah tak byk kedai bukak & kami tak rs nak makan kat situ, Kami nak makan kat kk je sbb sepupu2 aku dah janji dengan budak2 bot smlm tu utk makan bege gergasi berdekatan plaza tanjung aru. Aik! budak2 bot smlm??....ampeh

Sewaktu melalui Tamparuli, sorg sepupu aku bersuara.."eh...kenapa kete tu terbalik?" Aku baru teringat! Rumah terbalik! Alang2 dah lalu..baik singgah je..hehe


Gambar ni tak terbalik taw. Kete tu mmg terbalik. Sila abaikan minah yg tengah kaji gam apa yg dorg guna buat lekat kete tu. Dia pun tak berani nak duduk kat bawah kete tu. Haha



Rumah ni dah macam dilanda ribut. hoho. Segala perkakas dlm rumah ni pun turut terbalik. Tapi aku tak masuk sebab...nak masuk bukan free ye kawan2...nak tgk lembu pun kene bayar ni kan plak bende aneh ni. Bayaran dia mahal lak tu. RM10. Disebabkan kamera tak dibenarkan langsung maka tak berbaloi la aku nak byr RM10 tu. Baik aku buat makan kat kk tu nanti. Poket aku ler yg merungut....hahahah

Sampai kat kk aku ke plaza tanjung aru utk try bege gergasi tu. Pict dia tah kamera yg mana aku snap tah. Bege tu harganya RM12 siap fries. seketul cukuplah kami berempat. Mmg besar. Tapi rasanya agak kureng...mungkin dagingnya dicampur tepung utk menambah isipadu bg menyamakan dgn rotinya yg besar itu. Kalau la dorg tak kedekut daging...dibakar lak tu...mesti org sanggup beratur panjang...heheheh

Lepas makan kami bertolak balik ke hotel. Tapi dalam pada tu...kami terbau2 lembu tadi. Alamak...bau melekat kat baju! Masing2 bau lembu dah ni!

Day 4 

Hari ni hari terakhir kami di kk. Flight kami dijadualkan pkl 5.30pm. So kami habiskan masa melawat tempat2 di bandaraya kk ni.
Kami ke pasar filipina sekali lagi utk mencari buah2 tangan utk dibawa pulang. Kat sini aku carik tshirt..something 'must have' bila aku berkunjung ke tempat org. Aku beli jugak rantai2 batu swarovki..butang baju melayu mutiara..gelang mutiara dan macam2 lagi. Tak lupa jugak ikan masin..hehe :)
Lepas tu kami ke monumen tertua di kota kinabalu iaitu menara jam Atkinson. Masa aku kesini jam ni sedang diselenggara..so cam tak best nak bergambar. Kami ke menara Tun mustapha, berposing2 kat situ, ke masjid bandaraya kota kinabalu yg merupakan masjid terbesar di kk, kemudian kami ke muzium sabah yg terletak di jalan penampang, disini dikenakan cas bayaran masuk sebanyak RM2 utk warganegara. Kalau budak2 sekolah beruniform masuk free jela.


Sun burning kat Menara Tun Mustapha

Majid bandaraya kota kinabalu. Macam terapung di permukaan tasik


Orang-orang purba sedang bergotong royong nak masak utk makan malam

Sebelum berlepas pulang, kami singgah di gerai2 makan di pantai tanjung aru, makan ABC sambil menikmati angin pantai. Di situ kami berbual2 dengan pakwe2 bot semalam tu. (Dorg ambik cuti haritu sbb nak hantar kami pulang...haih!)

Dekat pukul 4..kami tinggalkan kereta sewa dengan penyewa di airport dan terus ke kaunter utk pemeriksaan bagasi dan cek in..Kami bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal serta ribuan terima kasih kepada pakwe2 bot smlm tu kerana banyak membantu terutamanya bargain price kat pasar philipine tu..keh3. Tak lupa juga bagi kami peluang memandu bot sendiri. Sepupu aku siap dah pandai parking bot kat jeti!

Masker aku pun dah kering sekering2nya dah ni..adoi...chow dulu!













Saturday 12 January 2013

Gigi besi (2)

Bulan sabit
Yang jatuh dipelantaran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa..

Pffftttttttttttt.......!!

Nih aku nak sambung pasal yang dah setahun gigi aku dipagarkan...hohoho. Dalam tempoh kurang 3 bulan je, aku and member2 aku da pasan yang gigi atas aku dah masuk barisan! waaa...cepat gak (^^)/

Time ni la aku dok sengihhh manjang...! ambik pict pun mesti sengih je..ngeee... :D

wakaka...
Tp aku rasa lebih elok aku sengih dari senyum..sbb bila aku senyum..aku rasa cam semacam...cam pelik!

Cam ada something yg aku kemam dalam mulut tuh! haih...ni pun dah habis kaver dah ni. ;P

Beberapa minggu aku dah pasang braces gigi atas dan bawah...aku dah mula boleh kunyah benda2 yang keras sikit...aku mula makan double cheese burger...pehhh....nikmatnya dapat makan! haha
Double cheese burger ni dagingnya lembut skit..so bole la kunyah..tp...tak penah2 aku makan burger mcd sblm ni pakai garpu dgn pisau! pfffttttt...! nampak poyos! :D

Dalam tempoh rawatan ni..aku kene datang klinik gigi tu sebulan sekali utk servis..time tula aku bole pilih kaler2 utk getah yg diikat kat braket tu. Setiap bulan mcm2 kaler dah aku try termasuk kaler itam! Kalerful pn penah! kekekeke!
Bila dah servis...ada laa 2 3hari makan bubur balik! sengal! sebab doktor da ketatkan lagi braket tu...tp...nak cantik punya pasal....tahannnnn.....

Ulser plak takleh nak cakap laaa....kerap kot! lagi2 kene kat bibir bawah. Area situ jela yg salu kene ulser..aku pn gatal gak suke benor gesel2kan bibir bawah tu dgn braket gigi bawah! Amek ko! bila dah ulser...terjuih la gak sebab nak elak besi tu poke2 ulser tu...ouch! seksa!

Sedar tak sedar...dah lebih setahun aku aku pakai braces nih...kadang tu aku skip appointment gak...nak bayar bulan2 RM200 tu pun kadang terkucil gak...hehehe...nasib kau la poket...;)

                                          Pict ni aku snap masa lepas raya haritu.... Pffftttt.....!! :P

Gedik lagi.....

Dan lagi...;D

Ni pict terbaru.... Eh....pasan tak...gigi atas aku yang tengah tu cam tak centre?? ni aku nak tanya doktor time next appointment nanti...ataupun gigi tu masih dalam proses nak ejas2 diri dorg...(sedapkan ati...haih....)

Last month aku pergi servis..aku ngadu kat doktor yang aku tak selesa ngan gigi bawah aku..braket die kedepan skit dari braket yang atas..gigi2 bawah tu pun ejas2 nak masuk barisan betul2 so die agak kedepan sikit....ni yang tak suke!! bayangkan la kalau gigi bawah terkedepan dari gigi atas...camno ghupo eh...adoi...
Doktor cakap jgn risau...nanti dah betul2 lurus...kita akan tolak dia masuk blk....phew....yelahhh...
Doktor bagi aku sepeket elastic band..kecik je utk aku ikat kat gigi atas dgn gigi bawah belah kiri n kanan.. biaw gigi bawah tu tertarik kedalam balik..so far...takde la rasa tak selesa...tp aku kene pakai band tu setiap hari!





Camni la rupa elastic band tu...makin kita bercakap...menguyah...menguap...hohoho...getah tu makni menarik gigi yg kedepan tu masuk kedalam balik...alaaahhh...cam nak soh gigi tu berdiri tegak...kekeke!

Ni bukan pict aku...kalau tgk dari getahnye...gigi atas die yang nak ditarik kedalam sikit..aku lak...terbalik! ;-/

Aku tak tau bila agaknya braces aku bole ditanggalkan. Nanti bila dah bole tanggal...aku citer lagi eh....
(Dengan harapan gigi aku lawa n aku puas ati  laa...bila doktor ckp dah bole tanggal...huh)

Tapi kan...betul la kata org pakai braces ni bole kurus....ramai la tego muka aku dah kurus! hahaha...muka yg kurus...sbb walau pakai braces pun...sume aku bantai makan..!lamb chop...stik...keropok... ;P
So far tak pnh patah la besi2 tu. Tapi jgn la mkn yg keras2 sangat...nama je gigi besi...tp tak la sampai batu pun bole kunyah taw...;)

Peace no war (^^)v






gigi besi

Biarlah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang menjadi saksi
Takkan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai disini..

Ewah...

Hai.......:)

Kali ni aku nak cerita pengalaman aku yang dah lebih setahun pakai braces kat gigi ni. Sebelum ni gigi aku agak tak teratur..bahagian taring kiri dan kanan bertindih..cam siung..hohoho..

Kata org comey gigi cam tuh...cam gigi kebanyakan org jepun...yeke?? tp aku tak suke dgn gigi aku yg berlapis tu...so aku pun mula buat research pasal pemakaian braces atau pendakap gigi ni.

Agak lama jugak la aku cari info sebanyak mungkin untuk persiapkan fizikal mental dan yang paling penting...duit utk buat rawatan ni..huhuh..pakai braces ni bukan murah..mahal jugak rupanya...adoiyai...kesian poket aku...harga dah macam nak pasang pagar letrik besi stainless steel tu dah..gulp!

Rawatan meluruskan gigi ni atau doktor cakap rawatan orthodontik ni memakan masa bertahun-tahun gak laa...tgk pada keadaan gigi..pakai braces ni kene la betul2 bersedia sebab tempoh perawatannya yg agak lama tu.. dinasihatkan..cari banyak2 info mengenainya dulu ok..;)

Ikutkan pengalaman aku masa mula2 nak pakai tu..aku dah redi fizikal mental n duit tu selain info2 yang aku perlu tau dalam tempoh perawatan tu. Yang aku palinggggg takut...nak cabut gigi!!! sampai 4 batang gigi kene cabut!! tp tu yang aku dapat info dari setengah2 org yg dah buat laa.. waaa...mmg tak suke!!
Nasib baiklah doktor cakap cuma sebatang gigi atas aku je yg perlu dicabut utk memberi ruang pada gigi2 tu nanti...so terpaksalah gigi geraham kecil atas aku tu beralah...;( (sian dia...sayang gak nak buang gigi yang sihat) 

Kenapa tak cabut gigi bawah eh? sbb gigi bawah aku memang ada ruang sebab aku dah cabut sebelum ni...gigi tu rosak...so cabut laa...n dia pun tak tumbuh lg...hihih

 Mula2 doktor pasangkan pakai braces utk gigi atas dulu...sebulan kendian baru pakai yg bawah...taktau la nape...mungkin biasakan yg atas dulu kot...tp elok gak...sebab...haaaa.....sengal nye ya amat masa seminggu aku pagarkan gigi atas tu! Nak ketap gigi tak bole!apetah lagi nak gigit makanan... kalau makan tu kene la yg lembut2..esp bubur laaa...huh....hangin aku makan bubur je!

Tp demi nakkan gigi yang cantik tersusun....aku pasrah jela....Lagi satu..ulser tu dah menjadi perkara biasa...ye la..besi2 tu kadang dok poke2 bibir ni kan...lama2 ulser la jadinya....time ulser tu mmg seksa! terjuih2 la bibir,,,hahaha...tp takpe...doktor akan beri wax utk tampalkan kat besi tu...so takde la besi2 tu poke2 ulser tu pulak...ouch!


Pffftttt....tula rupa gigi aku dulu....nak senyum pun malu2...n ni pict syok sendiri...kalau siyes nak bergambar..memang tak penahnye sengih....hohoho...
Time ni aku baru je pasang braces kat gigi atas..pakai kaler pink gitew... ;)

Sekarang nih da lebih setahun aku pakai pendakap gigi ni...gigi pun da lain...rahang pun da mengecil...hehe.. and...senyum aku pun dah berubah! cam pelik je rasa bila senyum! huh! Nanti aku upload pict bbrp bulan hingga kini aku bersama braces nih. Kadang dah rasa cam sebahagian dlm diri plak braces tu dgn aku..kadang...aku rasa rimas gak! :-/

Peace no war (^^)v