Thursday 7 February 2013

Phuket Thailand

Chinese new year is just around the corner...musim cuti2! yeay!! \(^^)/

Skrg ni tgh mood cuti. Aku cuti 2 minggu terus! ekekeke..sbb aku ada 2 destinasi cuti2 dalam 2 minggu tu. So mood cuti dah muncul ni...(^^)v ..haih...suke tol bile cuti. Yelaaa...keje penat..tension...ni la masa kita nak bersantai..rileks...berjalan...tenang2...dan...shopping!! ;D

Sementara nak tunggu hari yg aku tunggu2 ni tiba...aku nak share sikit pengalaman aku masa aku bercuti kat Phuket haritu. Aku pergi Phuket masa raya thn lps. Hahah...org takde kampung camni laa...sedara mara lak dekat2 je..so..raya pertama jela beraya...lepastu...kita beraya kat tempat org plak. ;P

Flight aku awal pagi masa tu...kat airport..punyalah ramai!! yg beratur nak drop bagage...macam dapat burger free panjangnya. Musim perayaan time tu lagi la ramai..seawal pkl 4pagi pun dah macam kat pasar pagi dah.

Nasib baik aku tak drop bagage..aku bawak backpack je..yg tingginya dah hampir nak sama dgn ketinggian aku. bawak sekadar perlu je...takde la nak bwk hair dryer la...hair straigtener laa...(kakak aku la tu!) :P
So aku yg dah siap2 web check in beberapa hari sebelum ni..terus jela masuk ke departure hall seperti yg dibagitau kat info board tu.
Flight ke phuket pagi tu ada 5. Kene la aku pastikan betul2 aku tak salah masuk departure hall. Sebenarnya kami agak terlewat sampai ke airport pagi tu...biasalah..janji mula2 pukul 3am nak gerak..sudahnya pukul 3stgh jugak baru gerak. Mmg bernasib baik tak drop bagage, kalau tak..mmg tak sempat la...barisan2 kat kaunter pnjg2 sume...huh! Nasib baik juga kat kaunter immigresen tak la seramai kat kaunter bagage bwh tu. Lepastu aku proceed ke departure hall dan cari kaunter utk serahkan dokumen utk disahkan. Ada la dlm 3-4 org beratur...sekali tu, bila aku dah beratur...toleh je ke belakang...mak aih...sekejapan panjang barisnye! Phew!
Len kali cepat2 sikit sampai airport ye kakak ku! Lagi2 musim2 raya ni.

Sampai je kat Phuket international airport, kami terus tinjau2 kaunter2 tour guide kat situ. Masa masih awal lagi..penerbangan hanya mengambil masa selama sejam. Waktu di Thailand pulak lewat sejam dari waktu di Malaysia. Pukul 8pagi pun belum time tu. Tapi masa urusan di kaunter immigresen tadi mengambil masa yg agak lama. Ramai org jugak...& apa yg lambat sgt ntah dorg cek tu. Aku sampai duduk bersila masa beratur tu. Ngantuk pun ada..yela..tido 2jam je malam tu.

Lepas bargain sikit dengan tour guide tu, aku setuju bayar 2000baht atau lebih kurang RM200 utk pakej Island hopping (Phi Phi island, Phang nga bay, monkey beach, Koh Kai island, tah ape lagi...payah tol nama2 nya..hoho) pakej termasuk buffet lunch, welcome drink, speed boat, snorkling equipment & return hotel transfer. So, esok pagi2 dorg akan dtg pikap aku kat hotel.

Dari airport aku naik mini bus ke Patong town. Aku tak sewa hotel kat situ. Aku sewa kat Rawai beach. Masa masih awal lagi..so aku cadang utk jalan2 dulu kat Patong town tu. Aku bayar 150bath utk mini bus tu. Alaa..macam van 13 seater tu. Perjalanan ambik masa lebih 30minit...aku cam dah nak lelap..tp sebelah aku mat saleh..kang kata aku ambik kesempatan plak kalau terlentok kat dia...
Mini bus tu berhenti di satu tempat ditepi jalan. Aku tak rasa dah sampai...tapi pembantu drebar tu mengarahkan semua penumpang turun dan masuk dalam kedai tu. Rupanya..situ lah kampeni transportation tu. Dalam tu dorg menawarkan pelbagai pakej tour. Yang tak mau tu terus masuk balik dalam van. Tapi aku tinjau2 jugak pakej2 tu. Sudahnya aku ambik lagi pakej private tour..pakej bersiar2 di Phuket town selama satu hari sekali dengan hotel & airport transfer 800baht seorang. Ok! Chow. Penumpang2 lain semua dah menunggu aku rupanya...hohoh :P


Aku berhenti betul2 dekat Jungceylon shopping mall ni. Di sebabkan perut pun dah lapar...aku pg cari makan kat dalam ni. Ada je KFC & McDonald kat sebelah tu. Tapi...was-was la ye..McDonald dia serves pork tak silap. Cari makan kat phuket ni mmg susah....sana pork...situ pork....sini pork...alahai....=,=!..so..jangan lupa stanby maggi bila datang sini..hehehe

Kat dalam Jungceylon tu aku jumpa foodcourt dan aku jugak nampak satu gerai yang penjual dia bertudung. Yes! Akak tu org terengganu dan suaminya org Thailand. Menu dia..biasa je macam kat Malaysia..goreng2..takpelah...rasa tenang je bila makan kan..huhuhu sekali dia punya harga..aku beli nasi goreng biasa je...RM12! ok...kat Phuket ni mmg semuanya mahal2 tau. Lagi2 kat Patong ni. sebab..kat sini tumpuan mat2 saleh..tempat2 tourist..so sume benda mahal! Bak kata drebar limosin aku time tu...no cheap in phuket..amek kaw.

Lepas makan...aku jalan2 sikit kat dalam Jungceylon ni dan juga deretan2 kedai depan Jungceylon ni utk meninjau2 jualan kat situ. hehehe...;P


 Massage2 kat sini murah gak la...Tengok minah saleh tu...ternganga mulut tido..syok je urut..huhuh. Malu haih nak urut tempat2 open camni.

Kemudian kami naik tuktuk utk ke hotel Rawai Palm Beach Resort kat Rawai beach tempat kami menginap.
Bargain punya bargain pun..kami dapat 250bath seorang utk tambang tuktuk tu. Malas dah aku nak bertekak lg... Peh....bole tahan mahal gak la..RM25 seorang! tanya yg lain 600bath utk 2org.


             Tuktuk Phuket. Kalau dia punya radio tu...1km dah bole dengar dah. Memekak tol! :D

Perjalanan ke hotel ambik masa dalam 30 minit. Rawai beach bukan tumpuan pelancong sebab kata dorang pantainya bukan tempat mandi manda. Tapi...view mmg cantik..cam lagi cantik dari Patong beach..hehehe ;) nanti aku tunjuk pict rawai beach tu.

Hotel tempat aku menginap


Lobi hotel

View dari bilik hotel
Hotel ni cantik dan bilik dia bole tahan besar. dengan hiasan2 ukiran kayu....dan suasana hotel yang tenang tak ramai orang.. swimming pool tu pun conquer sorang! ;D

Aku berehat kejap dan tido sampai petang..hoho...ngantuk seh....petang tu aku jalan2 kat sekitar hotel dan kawasan pantai..sambil tu...aku cari2 plug adapter sebab plug kat hotel lain dengan plug charger fon aku. Fon & camera bateri semua dah kong ni! Hotel punya adapter lak dah kehabisan...ceh..Jauh gak jalan2...baru jumpa kedai handphone berdekatan dgn Tesco Lotus. Dapatla adapter plug dgn harga 99baht. Cam mahal je kan? kat kedai dua ringgit, RM2 je tu. Nasib baik gak la kami bawa payung hotel tu. Hujan turun agak lebat petang tu..



Rawai Beach

Keesokannya lepas breakfast sikit kat hotel, aku tunggu tour guide datang jemput aku kat lobby hotel. Aku inform dulu kat reception yang aku tgh tunggu driver datang pikap..sbb nanti driver tu mesti cari aku kat reception gak. So receptionist tu bole la inform kat aku driver tu dah datang. Yelaa..aku mana kenal sape yg datang jemput kan...
Pukul 8.30am..driver tu dah cari aku kat reception. Aku dijemput dengan mimi bus mcm semalam jugak..cuma bilangan tourist kat dalam tu cuma aku, kakak aku, dan 3 org pelancong dari jepun (anak-beranak). Perjalanan ke jeti makan masa lebih kurang 40-45minit. Jauh gak...

Sampai kat jeti, setiap sorg diberi lencana pelbagai warna. Warna lencana tu la yg akan tentukan kita naik bot yang mana. Dah dekat sejam menunggu, masih tak naik bot lagi...dah naik boring dah aku. Sampailah kami diberi sedikit taklimat sebelum gerak naik bot masing2...sekali tu...yg memberi taklimat tu menarik perhatian aku...cara dia bagi taklimat pun buat aku hilang boring sikit...hehe...aku pun diam2 laa snap pict dia dari celah2 orang yg berkumpul dengar taklimat tu....



Comelkan?? haha!! Dia menggelarkan dirinya 'beautiful lady' Mak aih...belon ke ape tu agaknya...hehehe

Masa aku curi2 snap pict dia ni...aku terkantoi...aku lupa nak off flash!! So cahaya flash tu berkelip2 la...of course la dia pasan yg aku snap pict dia...dem!! Dia pun berdehem sambil menunjuk kearah aku....shit! dia nak marah ke.......tapi...dia tak marah rupanya....dengan buat posing maut....die ckp..."one more picture please...."

hahaha!!! aku pun snap la pict dia yang berposing maut tu....tergelak2 orang kat situ...ampeh tol si beautiful lady tu..haha...
Lelaki2 kat sini mmg tak berapa nak sejati ke? Yang belakang dia tu pun tour guide gak...tp gaya cam mak jemah..hohoho...ambik kesempatan je meraba punggung mat2 saleh ;D
Dia pulak mintak pelancong2 sume panggil dia my darling sweetheart. Muntah......Dalam taklimat dia tu pulak...dia ckp...kalau lemas...jgn mintak tolong dgn dia...bukan sebab dia tak pandai berenang...tapi dia period time tu! hahaha!! ampeh tol dorang ni!

Lebih kurang pukul 10am...kami dibawa naik ke bot. Ada 5 buah bot masa tu. Bot laju yang besar..yg bole memuatkan lebih kurang 40-50orang penumpang dari pelbagai negara. Dalam bot aku tu, cuma aku & kakak aku je orang Malaysia. hoho
Patutlah kene tunggu lama tadi..bot ni sekali jalan rupanya...bukan macam kat Sabah, bot ulang-alik..sebab kk dgn pulau2 kat situ tak jauh...kira2 20-30minit je..tapi..dari jeti nak ke pulau2 kat phuket ni 2jam!! Amek ko...siap2 la dulu buang2 apa yg patut...kang takut ada yang melepas kat atas bot la plak kan...haha!

Dalam bot tu aku dok paling belakang skali...dengan 5bijik enjin kat blakang tu..seronok betul perhatikan enjin tu sambil merenung buih2 laut ;D
Dua jam kemudian, sampai la aku kat phi phi island group tu...kami lalu di viking cave phi phi island. Kat sini tak perpantai...suasana yang nyaman, air yang jernih...hijau..bole nampak ikan dan karang2 laut....indahnya......biar gambar yang bicarakan.....

Ada pakej yg datang sini dengan cruise, tapi kalau naik cruise tak leh masuk tempat ni..kapal cruise besar...dan agak cetek airnya serta berlorong2. Kami ke gua yg diberi nama viking cave. Dimana org tempatan mengutip sarang burung disini untuk dijual dengan harga pasaran yg tinggi. Tapi kami tak dibenarkan masuk ke dalam gua ni sbb tempat ni private. Kepunyaan business onwer dan bunyi enjin bot tu nanti akan mengganggu burung2 didalam gua tersebut.

Add caption
Add caption
Viking Cave










Bot berhenti utk membolehkan kami terjun utk snorkling...takut lak aku nak snorkling kalau terjun trus dari bot...aku bukannya pandai berenang...hohoho

Kemudian kami dibawa ke satu pulau lagi..Monkey beach. Tempat beratus2 monyet yang peramah2 belaka.
Kat pulau ni...ada la kawasan pantai...tapi...pantainya teramat la kecik...tak bole nak bersantai pun...sebab takde ape..tak bole nak buat ape pun...cuma...bermain2 dengan sang kera...hohoho...kompom la takde resort...takde tempat istirehat...dan takde gerai....kang habis gerai dikitai monyet2 tu. Aku jejak je kaki kat pantai tu pun monyet2 tu dah sambut kedatangan aku...sebabnya...dorang suka dengan botol air yang aku pegang tu...tak takut lak dorg ni...dorg selamber je hulur tangan nak ambik botol aku...aku lak yang takut maka aku bagi laa....

Oi2! dibuangnya air tu...!
Kemudian kami dibawa utk bermandi manda lagi...dan seterusnya kami dibawa ke Phi Phi Don Restaurant untuk kami beristirehat sekejap dan menikmati makan tengah hari secara buffet kat situ. Pulau tu besar sikit la sebab ada tempat makan kat situ dan gerai2 jualan. Agak ramai juga la bila 5-6 buah bot dah bertumpu kat situ...Makanan yang disediakan adalah makanan halal, yang macam biasa yang terdapat kat Malaysia. Macam2 lauk gak laa...& nampak sedap...so..macam2 la aku makan...huhuhu...

Dalam pukul 3 petang, kami dibawa pula ke Koh Kai Nok Island, Banyak pulau2 kat Phuket ni, sampai aku konfius nama2 dia..Phang nga Bay, Maya Bay..haih....follow jela! tapi masa tu angin agak kencang dan laut bergelora so perjalanan yg mengambil masa lebih kurang sejam  tu agak ekstrem. Bot kami melambung2 dan semua penumpang basah kuyup. Ada gak la yang mual...tapi takde la sampai aku nampak spageti yg dorang makan tadi tu terhambur keluar...huhu...time tu pulak hujan turun..


Moment! Sanggup ambik risiko henpon S3 yang aku baru beli basah & terhumban kelaut


Bila sampai je kat pulau tu, hujan dah berhenti. Cuaca pulak agak mendung tak panas...So aku lepak bersantai je kat tepi pantai. Kami kene bayar 150baht sorang utk sewa kerusi malas berpayung tu....ceh....My darling sweetheart beri kami soft drink dan buah-buahan utk dinikmati. Aku dah agak letih dan berlengas. Rimas dengan baju yang dah basah kene tempias laut tadi. Nak balik....mandi....

Tak lama pun kat situ, hujan turun selebatnya. (Rugi 150baht aku). Kami berteduh kat gerai2 jualan disitu. Ahhh nak balik...!
Bila hujan reda, my darling sweetheart memanggil kami naik bot untuk pulang ke jeti. Sampai je kat jeti, terus la carik toilet. Gila menahan taw! :P
Driver yang jemput aku kat hotel tadi dah menunggu, dan kami terus pulang ke hotel dengan baju yang lembab dan berlengas!

Di hotel, aku terus sarung swimsuit...terjun pool! waaa......leganya....!! selesa rasanya. Takde sesiapapun disitu...;)







                                         
 Syok gile mandi pool kat sini...! ;)))


Esok harinya lepas breakfast kat hotel, (aku tapau roti2 kat hotel tu...kang kat luar susah nak dapat makan....) aku bersiap2 utk cek out dan menunggu airport limosin pikap aku untuk bawak aku pusing2 di sekitar bandar phuket ni. Aktiviti aku sehari tu, shopping...shopping...dan melawat tempat2 menarik. Antaranya, aku ke Phuket big buddha...



Di puncak temple big buddha

 Elephant trekking & KTV...




Wat cha long temple...


Patong town...



Area Soi Bangla street...lebih meriah waktu2 malam...terkenal sebagai syurga maksiat....ewww..


Patong beach......parasailing juga ada disini...


Lebih kurang pukul 5.45pm... bertolak pulang ke airport. Perjalanan dari Patong ke airport mengambil masa selama sejam. Jauh....pening gak kepala aku.. Perut pun dah lapar...aku cuma makan roti yang aku bekalkan dari hotel tadi je...
Sampai kat airport tepat jam 7pm dan aku terus cek in bagage.Penerbangan aku dijadualkan pada pukul 9.30pm waktu tempatan..tp flight delay sikit so aku sampai di LCCT jam 12.00am. Lepas tuntut bagage je, aku terus carik McDonald! Rakus macam dah berhari tak makan rasanya...huhuhuh *Travel agent : Travelsmoove