Monday 25 March 2013

Menaiki coach bus ke Universal Studio Singapore

Holla....


Entry kali ni bkn nak review produk kecantikan..tp aku nk review pasal lawatan ke universal studio singapore yg aku terjah ujung tahun lalu. Thn lps dan thn ni adalah thn cuti2 utk aku
Aku tak berapa suke bermain2 di taman2 tema ni sbnarnya. Sbb aku agak takut dgn roller coaster atau yg bole buat aku rs jantung aku tertinggal kat blakang. So tak pnh la aku terpikir nak ke uss ni. And aku ingat tempat ni sesuai la utk budak2 disebabkan pelbagai karakter kartun berkampung kat sini. Tapi bila aku dapat promosi tiket beserta pengangkutan pergi balik ke uss ni...aku rasa berminat la plak.... hahaha....pantang ada promo! ;P
Lawati Five stars tours di http://my.fiveStarsOnline.com/ Sebuah agensi travel yg menawarkan perkhidmatan pelancongan dan coach bus. Aku senang dgn travel agent ni sbb servis dorg cepat.. senang dihubungi dan mesra pelanggan. Aku bg 5 star kat dorg. (^^)
Aku ke Universal studio singapore dengan  4 lagi rakan aku yg lain. Kami mengambil pakej berserta pengangkutan coach bus pergi dan balik..Waktu lawatan..kami pilih pada hujung minggu sebelum deepavali.




Kami bertolak malam tu dengan mengambil bas di stesen 1 utama bandar utama damansara pada pukul 11.00 malam. Aku suka jalan jauh malam2 ni...tak sesak...sejuk...tapi..mmg sejuk membeku pun dalam bas tu. Bas coach kami seaktu pergi cuma bas setingkat, tapi dalamnya tak la macam bas2 persiaran yg biasa atau bas sekolah. Seat dia besar dan selesa, bole dibaringkan dan mempunyai skrin lcd utk kita layan muzik, movie dan game. Seat pun tak banyak..dalam 20 seat je kot lbh kurang...so mmg selesa.



kemain syok lagi die...


Perjalanan pada malam tu lancar...tanpa kesesakan...dan aku tak rasa nak tidur.. aku layan muvi je..hohoho...
Bas meluncur laju tanpa henti...sampai la ke Yong Peng, Johor..bas berhenti di perhentian & kawasan rehat Yong Peng utk kami minum2 dan makan...waktu menunjukkan pukul 2pagi..(lebih kurang).

Sampai je di sempadan..kami berhenti lagi utk pemeriksaan immigresen...waktu tu mmg lengang! tak payah beratur...mmg best jalan jauh waktu dinihari ni...takde pelawat lain disitu kecuali penumpang bas kami yg cuma 8orang. Immigresen tak ambik masa yg lama waktu tu so kami sampai di Sentosa resort world lbh kurang pukul 5 pagi.




Kami berhenti di terminal bas di sentosa resort world, dan kami buat sikit refreshment rehat2 sambil menunggu hari terang..bergelandangan...haha...amek kaw! Mulanya kami rancang utk bertolak dari 1utama pada pukul 8pagi ahad tu..tp memikirkan traffic jam yg menanti...kompom tghari kami sampai..itupun kalau bernasib baik...silap2 sampai pukul 3, 4 ptg...ape jadahnya lak kan...kami taknak bermalam kat sana sbb isnin tu kami kerja! hahaha! Bak kata bos aku...you org mmg gila! ;D

Thanks jugak pada travel agent 5 star tour ni sbb membenarkan kami menukar jadual coach tanpa dikenakan penalti ^^
So pagi tu kami bergelandangan menunggu USS tu bukak...peh....dgn lapa lagi...pukul 9.00-9.30pagi baru restoran bukak..kami terus menyerbu restoran Malaysia tu...dlmnya kedai2 masakan Malaysia ;)



Tak kene langgar lori ke mkn tgh jalan ni??


Makanan di Singapore ni agak mahal sikit. Mungkin sebab Singapore dollar. Ah..kat dalam USS tu toksah ckp la ye...=,=
Kat Singapore ni..air mineral mmg mahal...dan botol mineral jgn lah dibuang ye...bkn sebab harganya mahal maka kita kene simpan botol tu...tp berguna utk kita yg sememangnya membersih guna air..! hoho...cebok pakai air laaa...
Kat Singapore ni..setiap toilet dorg takde pili air..tisu je ada...emmm....tak cukup la kan pakai tisu...so korg kene la stanby botol mineral tu buat tadah air kat sinki, then bawak masuk toilet hokeh..

Pukul 10 pagi...barulah USS tu dibuka...time tu org dah berjela2 panjangnya beratur kat entrance tu...alaaa...ni yg tak suka! USS ni ada 7 zone utk kita teroka ;) Bukak je entrance...aku berlari2 terus menuju ke Sci Fi City sbb aku nak masuk Transformers! The most attraction kat USS ni. Aku bernasib baik sbb tak ramai lagi yg beratur so aku tak ambik masa yg lama utk ride!
Yeah!!! Transformers ride mmg terbaik! Best!! Real...mcm kita salah satu watak dlm filem ni. wuhuuu!! aku suka! paling suka! sbb...extreme tanpa rasa jantung tertanggal dr badan...hahaha! Dua kali aku naik bende nih.








Seterusnya, masih lg di Sci-Fi City.. kami ke Roller coaster pulak. Ada dua jenis roller coaster, Human (railway kaler merah) & Cyclon (Railway kaler biru). Roller coaster human ni mcm roller coaster yg biasa tu..die meluncur atas railway..manakala cyclon railway diatas...so kaki kita tergantung.


human


cyclon




Tang mcmni aku tak suka. Entah kenapa...sejak aku 1st time cuba space shot genting masa baru2 dia bukak dulu..(bayangkan berapa lama dah tu)..aku terus serik...takut yg mencengkam..hahah...
Sebelum datang USS ni aku dah search sebanyak mungkin info2 ttg theme park disini..malah aku search you tube macamana roller coaster dorg bergerak! Huh......berkali2 gak la aku pikir nak naik ke tak...sampai member2 aku pujuk gak suruh naik! Mcm2 komen aku baca...tp semua tu tak berguna tanpa merasainya sendiri.

At last...sampai je disini....aku membuat keputusan...dengan beraninya...utk menjadi jaga kepada beg2 member2 aku ni! ngeee...;D jimat laa duit korang nak bayar sewa locker! huh! Siyes,...aku benci roller coaster...NO! NO! takmau! aku tak suka perasaan dia menjunam kebawah tu! Takpe...aku tolong kutip jantung korang yg terjatuh nnti!


Kawan2 aku teruja nak mencuba cyclon sbb human dah biasa..Sebelum tu...aku dah dengar komenta2...mengatakan...pening naik cyclon tu...sbb berpusing2! Lantak korg...aku tepuk sorak je kat bawah tgk korang test vokal kat atas tu!


Agak lama menunggu...baru aku nampak seluar kaler kuning. Sah member aku! haha! Bila selesai je...dorg mengadu pening dan mual...haaa...amek kaw! aku cergas je...nak naik transformers lagi...nak naik transformers lagi!


Kami kemudian ke Ancient Egypt utk mencuba Revenge of the mummy. Kat sini pun roller coaster tapi dalam keadaan gelap seolah2 dalam sebuah piramid yg sgt gelap dan the mummy nak balas dendam kat dalam tu..huhu...bak aku cakap tadi...aku tak suka roller coaster, maka kat sini pun aku jadi jaga beg je. Tapi aku tau apa yg berlaku kat dalam tu. Aku tau mcmana pnya gelap...roller coaster yg sgt laju...dan ada part roller coaster tu secara tiba2 gostan ke belakang dgn laju masa dia berhenti melanggar dinding, dinding tu retak dan keluarlah kumbang2 yg boleh masuk kedalam kulit spt dlm filem the mummy tu...dan berapa jauh dia punya junam masa roller coaster tu masuk dalam mulut the mummy.. Kemudian ada efek terbakar dan rasa panas sebenar...hahah....mana kau tau? search je kat you tube ;P

Aku taknak rasa...tp aku nak tau apa berlaku kat dalam tu..gheeee....

Kat sini tak ambik masa yg lama...mcm tak ramai je yg menunggu giliran kat revenge of the mummy ni...mungkin sbb ramai yg takut kot...sekejap je kawan2 aku ni dah settle.

Kat luar pula kami bergambar dengan karakter2 the mummy tu...




Pengawal pintu masuk piramid. Jgn mendongak bila berada dibwh mereka ;D


serigala jadian



Seterusnya..kami ke zon the lost world pulak.. Kat sini kami naik canopy flyer..roller coaster yg pendek dan tak extreme...budak2 pun bole naik...silapnya aku naik dengan mengadap kebelakang...so aku rs mual.


Takut la konon...budak kt blkg tu siap buat peace lg ;D






 Masih di zon the lost world...kami menunggu giliran utk ke jurasic park rapids adventure. Barisan...punya la panjang..! adoi...sbb ride ni terbuka kepada seisi keluarga. Tapi kami takkan lepaskan peluang. Disini..kene pakai disposable raincoat...sbb nanti basah kuyup. Disposable raincoat ada disediakan dalam mesin beli automatik..tp kene masukkan S$5 baru raincoat tu keluar..so kami siap2 sebelum kesini...kami beli kat seven eleven je..RM4.20 je...murahkan...;)

Dalam 45minit hingga sejam jugak la kami menunggu utk dapatkan bot bulat tu...dah la bot tu berpusing2...tambah rasa mual lagi..tp cuba pandang satu tempat jela...dan..penyudahnya mmg buat kami kebasahan...hohoho




Kami dah letih dan berlengas! Cuaca panas terik...berjemur...mual...kami berehat sebentar dan makan tgh hari...mmm...bila kenyang...mula la rasa ngantuk...tp banyak tempat lagi yg belom diterokai ni...so kami sambung perjalanan kami...yeah! ;D


Kemudian kami tiba di zon Far-far away...dimana karakter kartun shrek dan rakan2 disini. Kami terus ke Shrek 4D Adventure utk menonton tayangan 4D seperti transformersu tadi...kami dikehendaki memakai cermin mata 3D/4D yg disediakan utk menikmati persaan sebenar..terasa gak la aku..labah2 merayap kat kaki...air liur donkey tu terpercik ke muka masa dia bersin...perasaan naik kuda...huhuh...not bad! ;)


Kami kemudian menonton Donkey Live. Kat sini macam live show..kita bole berceloteh secara langsung dengan donkey tu...tapi donkey tu cuma animasi je..tapi mcm real! mimik muka...cakap..ajuk..pandang kemuka kita...berkata2 dgn kita...so special ;)

Mmg melawak gak la si donkey ni...ada ke dia tipu kitorg..suruh pakai 3D sunglases...aik...mana lak ada 3D sunglases td...pastu dia suruhnya kita cari spek tu kat bawah kerusi...Aku..bukan aku jela..kawan2 aku dan ramai lagi..beriya2 carik spek tu bawah kerusi...rupanya kami tertipu dek keldai tu...ampeh tol!



Kami juga tak lepas peluang bergambar dengan karakter Shrek dan Fiona diluar istana far-far away ni ;)



Kemudian kami ke Madagascar zone. Disini lebih kepada family entertainment. Kami cuma menaiki River boat ride utk menyaksikan animasi2 4 hero dalam madagascar..









Kami kemudian terus ke zon New york dan Hollywood dimana zon ini seolah2 kami berada di Bandar New York dan Hollywood. Rekaan bangunan, kenderaan2 seperti yellow cab, police car memang menarik. Terasa berada di new york gitew ;)






Di sini ada pertunjukan light & action by steven spielberg...macamana efek filem2 hollywood dibuat. Menyaksikan bagaimana keadaan di boathouse yg tenang secara tiba2 bertukar menjadi ribut taufan..

Ada juga dance show yg menghiburkan...;)


Banyak juga tempat2 atau acara menarik utk dilawati di USS ni tapi aku tak sempat pergi.




Akhir sekali...kami membeli belah di kedai cenderamata USS...tak sah lawatan tanpa souvenir taw! ;D (yg ni wajib pergi!)






Sebagai penutup, acara seperti pertunjukan kereta berhias dengan karakter2 kartun berlangsung di sepanjang jalan..









Kami dijadualkan bertolak balik pada pukul 10.00 malam..jadi sebelum tu kami buat sikit refreshment dan makan malam..
Bas pulang kali ni pula bas double decker! wuhuuu....! bole la nak jakun!! Tak pernah naik kot,,! haha!



Dorg ni sume jakun...tak pernah naik bas dua tingkat..! haha...walaupun dua tingkat,...cuma kami berlima je penumpang dalam tu. memang five star! ;D

Disebabkan letih ya amat...lepas check point kat immigresen...aku membuta...tau2 dah sampai kat 1utama lebih kurang jam 3pagi...pagi tu kitorang kerja taw! hahah...aku tido kat hotel sebelah ofis je...;D

Aku mungkin akan kesini lagi...sebab....Universal Studios Store! ;D dan aku nak beli botol air transformers/madagascar yg besar tu. Harganya S$19..with unlimited top up drink! yeah! \(^^)/



*Travel agent : 5star tour

Saturday 9 March 2013

Collagen Crystal Eye Mask (Gold powder)

Hi Lovies,

Jom review produk!. Entry kali ni aku nak review produk penjagaan bawah mata. Mata merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagi kita. Oleh itu jagalah mata kita agar sihat, kelihatan cantik bersinar. Yelaa...dari mata turun ke hati...tak gitu..;)
Ada juga antara kita yang kurang peka terhadap penjagaan mata nih. Tu yang dok mengeluh mata sembab..letih..dan yang paling common lingkaran gelap di bawah mata. Yang tu memang membimbangkan sebab dah macam mata panda pulak kan. Panda tu dah memang semulajadi mata dia cenggitu..so comel la dia...kalau mata kita ada lingkaran gelap...rupanya mcm ni la plak...



Tak nak la camni kan? Adala..sorang kenalan yang mempunyai masalah dark circles ni..masa tu dia datang kerumah sorg kawan aku...sekali kakak kawan aku tu rabun...kakak dia bertanya la pada kawan yg datang kerumah tu...kenapa malam2 pakai spek itam?? hahah...ni kes parah ni!

Kita seringkali rasa letih bila seharian sibuk di tempat kerja..lagi2 dok mengadap komputer sehari suntuk..tak cukup tidur lagi...terlebih tidur pun bole jadi sebab mata sembab..perkara2 begini juga cenderung utk menghadapi masalah2 dark circles atau eye bags ni.

Aku sarankan...korang dapatkan tidur yang secukupnya, minum byk air kosong, kurangkan makanan yg pedas dan berempah kerana ada sumber yg mengatakan ia boleh mengundang eye bags dan selain itu.....lakukan perawatan mata!

Disini aku sarankan korang cuba Collagen Crystal Eye Mask, masker mata yang bagus untuk merawat kesembapan mata, lingkaran gelap dibawah mata, dan dengan plant collagen yang mampu mencegah kedutan di bawah mata.



 Kelebihan2 Collagen Crystal Eye Mask:-
- Membekalkan suppliment collagen protein kepada kawasan sekitar mata.
- menjadikan mata dan kawasan sekeliling mata anda sihat dan segar.
- Menjadikan kulit sekitar mata lembap dan tegang.
- Membantu mengurangkan garis2 halus di bawah mata.
- Membantu mengurangkan kesembapan mata @ eye-bag.
- membantu mengurangkan kesan hitam di bawah mata.
- Menjadikan mata dah kulit di sekitar mata sihat dan segar.


Ia macam gel mask dan aku suka dengan rasa sejuk yang menyegarkan mata bila menggunakannya. Gel mask ini akan diserap oleh kulit dan ia akan kering seperti sekeping kertas. 

Macam ni cara pakainya....



1) Cuci Muka
2) Buka Pek Golden Collagen Crystal Eye Bag Mask, ambil eye mask dan lekatkan di bawah mata.   

    Pastikan ia melekap dengan baik.
3) Pakai selama 20 -30 minit atau pakai semasa hendak tidur (Tidak lebih dari 12 jam)
4) Tanggalkan dan buang selepas itu (tidak boleh digunakan semula)
5) Tak perlu cuci selepas guna.

6) Boleh digunakan 2/3 kali seminggu mengikut keperluan. 

Masker mata ni juga dapat melembapkan kulit dibawah mata. Memang fresh dan segar je rasa... ;)

Untuk efek sejuk pada masker ni.. simpan di tempat yg dingin... Kalau berminat..pm kat sashaizumi09@gmail.com laju2! ^^