Thursday 23 May 2013

Kiss Beauty Fruity Lip Gloss

Morning sayang semua! (^^)/

Hari ni public holiday..walaupun aku tak holiday...tp aku berkesempatan nk update blog (^^)v
Aku terasa nak review satu produk yg super duper cute nih! Korang pun tau kan..aku suke dgn something yg cute2 comey2 ni..cer korang tgk ni haa....


Alololo.....comeynyeee!! hehehe...

Kiss Beauty Fruity Lip Gloss ni ada 7 warna. 7 warna untuk setiap hari taw! hahah..Warna2nya tak lah begitu pekat dan ketara...cuma samar2 dan memberi kesan glossy pada permukaan bibir.


Dari kiri...

Monday = Strawberry
Tuesday = Plum
Wednesday = Mangosteen
Thurday = Honey peach
Friday = Pomegranate
Saturday = Cherry
Sunday = Apple

Cer korang tgk yg Monday-strawberry tu.. nape mimik muka die monyok2 tu? Monday mood ke? hohohoho

Lip Gloss ni disertakan sekali bersama applicator dan mempunyai bau / sedikit rasa buah-buahan ;)
Ia agak tahan dibibir lebih kurang 3-4jam kalau korang tak asyik nak jilat2 bibir korang ye..
Pada aku..lip gloss ni neutral je..warna yg tidak terlalu ketara, dan tidaklah bertahan lama sangat kat bibir. Just nice kalau hanya menyapu lip gloss ni je pada bibir ataupun memakainya selepas memakai lipstik utk warna dan kilatan yg lebih menyerlah. Nampak bibir lebih munggil dan licin. Seperti sifat2 lip gloss yg lain, lip gloss perlu disapu semula tiap kali lepas makan atau beberapa jam kemudian utk kesan glossy yg berpanjangan.


Apa yg buat aku suka kat lipgloss ni? :-
-Sangat comel!! :D
-Warna yg menarik dan light2 je..hanya pakai lipgloss ni je pun dah cun dah tu ;)
-Tak rasa pelik kat bibir, tak berkuping dan smooth je
-Fruity scent, cute dan senang dibawa kemana2

Korang nak lip gloss ni dengan percuma?
Jenguk2 aku kat facebook page ye...heheh (^^)v
https://www.facebook.com/pages/Shopaholic-Senses/384682728307310?ref=tn_tnmn

Wednesday 15 May 2013

Ke Hatyai dgn KTMB

Der!!!

Asyik review pasal produk2 kecantikan...baru kali ni aku berpeluang nak citer banyak sikit pasal trip aku bershopping ke Hatyai bbrp bulan yg lalu! hahah

Aku ke Hatyai masa tahun baru cina haritu. Ada beberapa sebab aku tetibe nak ke Hatyai ;P
Yang pertama kerana aku teringin naik KTM! hahah! ok! aku mmg tak pernah naik ketapi yg ada katil dan kantin tu. Komuter or LRT tu pernah la. Kesian kan.. hikhik. so kali ni aku taknak naik flight, aku nak merasa perjalanan jauh dengan keretapi! Huh! Excited!!

Tu pun sebab aku baru je jakun naik bas double decker haritu..so timbul la rasa nak naik ketapi plak. :P Aku book tiket KTMB dua bulan sebelum aku plan ke Hatyai. Kenapa Hatyai? Sbb Hatyai lah destinasi KTM yg paling akhir..ekekeke. Takut juga bila dengar kes bom2 kat selatan Thai ni..dan Hatyai juga pernah beberapa kali di bom..dan paling terbaru masa sekitar April/May 2012 dimana kejadian bom2 berlaku betul2 di pusat bandar tempat tumpuan ramai pelancong, di hotel lee garden plaza. Hah..tempat aku nak pegi tu! Mmg sesak dgn org sbb hotel lee garden plaza tu satu bangunan dgn shopping mall nye.

Aku call dulu hotel tu tanya2 khabar...kata dorg..hotel tu da dibuka semula dan selamat. Mereka mengetatkan lg kawalan keselamatan disitu. Tapi..date yg aku nak pegi tu dah fully booked. Yela kan..chinese new year..(tak takut jugak penyewa2 tu) :D Kenapa aku berminat dgn hotel lee garden tu? Sbb hotel tu terletak betul2 dipusat bandar Hatyai dan kawasan2 membeli belah disitu..juga berdekatan dgn stesen keretapi Hatyai..pendek kata semua area walking distance dekat dgn hotel tu. Hotel tu pun menawarkan khidmat menyimpan beg2 bila penyewa dah kene check out tp masih nk jalan2 shopping2 kat Hatyai. Malah harga bilik juga amat berpatutan :)

 Aku book hotel melalui agoda.com je dan book skali tiket keretapi (senandung langkawi nama tren tu) melalui phone call da bila dah buat booking tu kene la buat bayaran dalam masa seminggu atau tiket akan dijual selepas tempoh tu. Masa pegi, aku ambik katil bawah yg berharga RM60 dan masa balik aku ambik katil atas yg berharga RM54. Kira fair la dgn kawan2dapat merasa katil atas dan bawah..hehehe
Nak jalan jauh ni eloklah ambik kelas superior malam yg berkatil ni..kalau ambik seat je mau bengkok tulang! Sbb aku tgk perjalanan mengambil masa selama 12jam! Bertolak dari KL sentral pada pukul 9.20malam (keretapi bergerak on time) dan waktu tiba di stesen Hatyai pada pukul 9.20pagi. (Keretapi sampai langsung tak on time!!) -- aku akan cerita pukul berapa aku sampai di stesen Hatyai nanti.


Ketapi da sampai @ KL Sentral
Kitorang kene ada kat stesen at least setengah jam sebelum bertolak. Aku dah terasa macam nak naik Express Hogwarts dah! :D
Platform 9-3/4...ke Hogwarts..ekeke..cam citer Harry Potter plak! :D


Gryffindor shawl aku beli kat Warner Bross ---> peminat Harry Potter nih ;P

Kawan aku...5minit slps snap pict ni...dia dah lena!


Gerabak ketapi ni ada 8. Gerabak berkatil ni yang belakaaannnggg skali..Kantin plak depaaaannnn skali..so nak ke kantin..kenalah menempuh 7/8 gerabak...jauh tuuu

Tren akan berhenti di stesen2 utk mengambil dan menurunkan penumpang. Tp penumpang tetap berada dalam tren sampai la di padang besar nanti. Berkampung la kite dalam ketapi tu. Bila tirai katil ditutup..terasa la sorg2 kat situ..privacy. Just tengok keadaan luar tingkap yg gelap tu je..yg aku rasa tren melalui kawasan2 kampung. Masa tu tula aku berharap takde makcik karipap jengah tingkap nak jual karipap kat aku. Tapi sebut pasal karipap time tu..terasa plak nak ke kantin makan karipap. huhuhu Tp kawan2 aku dah membute dah..so aku pn membute jela..

Lebih kurang pukul 4 pagi aku dah tersedar balik..mmg terasa nak makan karipap nih! jengah2 tingkap lagi..tgk kat mana dah ketapi time tu. Kalau tak sampai mana2 stesen lagi...aku find location je kat google. Siap2kan la power bank awal2 ye...perjalanan selama lebih 12jam of kos la henpon takkan idup selama tu..esp..smart fon.

Masa tula aku ke kantin..dan ke toilet. Agak tak selesa la kalau nak membuang dalam keadaan bergoyang-goyang..hahah! Kat toilet tu ada amaran.."DILARANG MENGGUNAKAN TANDAS SEWAKTU KERETAPI BERHENTI DI STESEN" Agak2 korang kenapa?.Harusla jangan..! Kang kalau ketapi benti kat stesen..korang buang kat situ...tertinggal lak sisa tu kat atas landasan tempat penumpang tunggu tren. Logik gak hujah aku ni kan?. Tp kalau membuang time ketapi bergerak laju...aku rasa hancur dah! Haippp! cite apa lak ni!! (Saje aku buat kajian)

Yang aku agak cuak time tu...kunci pintu toilet tu rosak...aku tak bole keluar la gamaknya..nasib baik time tu nak ke kantin..so aku ada bawak fon. Call aje mintak bantuan..hehehe...

Ngeri nak melangkah - bende ni bergerak2
Setelah melalui 7 gerabak...barulah sampai ke kantin. Mee goreng..nasi goreng, yg  dimasak time tu gak...bege redi made pun ada dijual..sandwich redi made..tp harga makanan mahal skit la dari kat luar. and masakannya biasa2 aje..


Ada la satu time tu..ketapi berhenti kat stesen mana tah sama ada Perak or Penang..tak ingat plak aku. Time tu ketapi berhenti punya la lama...bole kata sejam gak la. Time tu kepala ketapi akan ditukar..kalau tadi gerabak katil tu berada dibahagian ekor...tapi kali ni gerabak katil tu dah jadi bahagian kepala.

Pagi tu aku dah mula nampak ufuk fajar kat sawah bendang yang luas..Subhanallah...Indah!! Time tu ketapi dah sampai kat Arau, Perlis.






Ketapi berhenti di stesen Padang Besar untuk urusan immigresen dan menukar kepala ketapi Thailand. Time ni semua penumpang kene keluar..cuma perlu membawa dokumen penting. (Pada penumpang berkatil bole la tinggalkan beg atau bagage) Kat sini dari 8 gerabak...tinggal hanya dua gerabak je. Gerabak seats dan gerabak katil.
Lepas urusan immigresen tu aku bersarapan kat situ. Harga makan & minum kat situ murah je. Tapi..kat situ, time nak menunggu ketapi td datang balik tula yg lama!! Kalau tgk kat tiket waktu tiba di Hatyai pukul 9.20am waktu Hatyai..meaning waktu kita pukul 10.20am...tapi dah pukul 11.00 pun bayang ketapi tak nampak lagi!! Aku dah hangin dah. Dah bazir waktu dah tu. Dan shawl Gryffindor aku ada dlm ketapi tu plak! (Hahah...tu yg aku risaukan plak =,=)

Dekat 11.30am baru ketapi sampai...dan masa ni...nasib baik la kitorang tinggalkan beg kat katil...sebab ada plak penumpang lain duduk kat katil kitorang. Ada barang sah2la ada tuannya..Haih..tak tgk tiket betul2 ke...

Dahtu pukul 12.00pm waktu Malaysia baru ketapi nak gerak! Buang masa dah..(yang ye nye aku tak sabar nak menerkam hasil2 jualan kat Hatyai nanti ;p). Perjalanan ke Stesen Hatyai ambik masa kira2 40minit. Phew...berbelas jam perjalanan...! Nasib baik ambik katil...tidooo jela..dan katil agak selasa jugak la..bole la tido lena walau kadang tu dengar bunyi landasan berkelentung kelentang kat bawah tu.

Finally kitorang sampai jugak kat stesen keretapi Hatyai atau namanya Hatyai Junction. Phew..





Sampai kat sini je aku terus bukak peta..heheh Area2 shopping kat sini mmg dekat2 je...Antara nye Santisuk market, Odeon shopping mall, Lee garden plaza, Pink lady dan pasar2 disepanjang jalan di bandar Hatyai ni. Macam2 barangan tempatan kat sini...baju...souvenier...barang kraf..makanan...sooo...apa lagi??? mestila tersangkut!! Haha ;D Kitorang tersangkut kat kedai menjual tshirt2. Tshirt kat sini berkualiti dan murah! 100baht da bole dapat dah. Kalau beli banyak2 tu bole la bargain murah lagi...gheeehehehehee...;) Kitorang terus shopping mopping sepanjang jalan tu! Haih...bahu pun dah memberontak sbb pikul backpack


Peta Hatyai..aku siap2kan sblm dtg sini..kelas ko Jah ;D

 Pink Lady market


gerun gak tengok wayar2 letrik dorang

 
Aku guna tuk tuk utk ke hotel, ke Hatyai ice dome dan melawat tempat2 menarik. Mula tu kitorang ke hotel dulu utk tukar baju..so drebar tuk tuk tu menunggu la di luar hotel ;p

Aku menyewa bilik kat Hotel Emperor...hotel tu aku rasa hotel 4/5star masa 20 tahun yg lampau. Tapi skrg ni hotel tu aku rasa mcm nak tunggu masa utk shut down je..huhuhu.....serious scary weh!
Perabot dan peralatan lama...katil..karpet..barang2 lama dan uzur...suasana yg suram..sunyi...gelap dan menyeramkan! Memang tak berani keluar bilik! hahah.. (Teringat lak citer antu Thailand..neknak..ish!)

Hotel ni agak jauh dari pusat bandar...so mmg kene sewa tuk tuk..Dari Lee garden plaza ke Hotel ni ambik masa lebih kurang 20minit dan bayarannya cuma 20baht seorang. - pict kat atas tu..tgh kolek2 duit ler tu..heheh

Kitorang bayar sewa tuk tuk 200baht seorang utk dibawa melawat tempat2 menarik di Hatyai dan juga Ice Dome. Sayangnya...floating market di buka pada hari minggu sahaja...hmmmm...tp takpelah...len kali aku datang lagi..hihi ;p Night market pun ada waktu2nya je dibuka.

Sampai kat Hatyai ice dome..kitorang kene bayar tiket berharga 300baht seorang utk masuk kat dalam tu. Hatyai ice dome ni adalah tempat di mana terdapat bongkah2 ais yg berbentuk replika2 bangunan dan suhu kat dalam tu tersangat lah sejuk sehingga mencecah -15degC. Brrr! Dorg ada provide winter jacket dan glove for free. Tapi...pakai winter glove tu pun tangan aku tak bole tahan sejuk! Masa kitorang nak masuk dalam tu...agak sesak dgn org...tapi tak sampai stgh jam...dah lengang! hahah! memang tak tahan sejuk la tu..
Yup! sejuk sampai terasa keras mencucuk2 kat pipi aku! tangan krem! Korang bawak la glove korang yg tebal2 ye..


KLCC


bongkah ais


tanggang kot..huhu

memang beku bontot duduk atas ni

Bar..bangku tu bole buat ABC ;D
Yg ni syok! Laju!! ;D

Laaaagii syokk! haha!
Aku snap2 pict ni pakai henpon touch skrin aku je..bila pakai glove..tak bole la nak swap2 fon tu...so..kene la bukak2 kjap glove tu...mmg beku la tangan...nak try pakai lidah kang org pandang aku semacam plak..;D

Lepas aku dah rasa kaki tangan aku dah macam takde perasaan lagi...aku cepat2 blah dari situ sblm aku mengeras macam replika tanggang tu td...henpon aku pn dah macam baru lps dibekukan dalam peti ais! mujur tak rosak...! Phew...agak terseksa gak sejuknye...

Kitorang ke Hatyai wat cha long pula dimana kuil2 buddha yg terletak diatas puncak bukit. Keadaan cuaca selepas hujan membuatkan aku terasa sejuk jugak la.

yg tu snap yg ni..yg ni plak snap yg tu..;D
Dari atas ni...bole la nmpak seluruh bandaraya Hatyai ni..



Kitorang melawat kawasan2 tokong disekitar...Hatyai ni mmg terkenal dgn tempat2 kuil2 buddha..ramai juga la pelancong yg beragama buddha dari Malaysia mengunjungi tempat ni.

Tu naga Tasik Chini ;D
Kat area sini ada jugak Hatyai cable car..tapi tak la macam Langkawi nun.....Aku tak berapa ingat lak harga tiket naik kabel car ni..tp tak la mahal...sesuai dgn jaraknya...tak lebih dari 150baht.



 Lepas bergambar sakan di atas puncak bukit ni...hujan dah mula turun dan floating market pun tak bukak haritu....so kitorang pun rancang utk makan kat Restoran Hamid...Restoran orang Malaysia.


Restoran ni terletak di pusat bandar Hatyai, berdekatan dgn Lee Garden Plaza Hotel..Jom masuk....;)



Nasik paprik sotong 70baht, fresh mangga siam 80baht (sedap gile jus mangga tu! tp tak puas minum...) kawan2 aku komplen makan tak kenyang! huhuh..(dorang rindu 'si dia' kat KL tu...)
Kat Restoran Hamid ni boleh terima duit Malaysia ringgit..so don't worry pada sape2 yg dah kehabisan Thai baht sbb bershopping tu...hehe..
Tapi kebanyakan peniaga2 disini pun bole terima duit kita ;)
Kat Hatyai ni juga senang nak dapat makanan halal. Ramai juga peniaga2 dari Pantai timur/utara Malaysia berniaga restoran disini.

Lepas makan kitorang sambung shopping lagi...shopping...shopping...shopping...sampai malam! Aku malas nak balik hotel...tah...rasa semacam! hohoho

Odeon shopping mall

Kedai ni jual dadah ;D
Agenda shopping tamat pada pukul 10pm waktu Thai...masing2 da letih...mengantuk... tp sebelum tu kitorang makan kat kedai tomyam sekitar hotel Emperor. Oghe kelate niago :)


Mihun tomyam..murah je...skali dgn air sirap bandung..40baht ;)

Kitorang balik ke hotel dalam pukul 11.00pm dan bercadang utk jalan kaki je...tapi disebabkan tersesat jalan sbb tak pasti bangunan hotel tu kat belah mana...so perjalanan jadi agak jauh...!
Kaki kitorang dah merungut2 letih dah tu....Dari lorong2 belakang...simpang ke simpang...pusing2...sampai kat restoran tomyam tadi tu balik! hahaha!
Aku tau hotel tu dekat je...tp kalau ambik tuktuk..sah2 la kene tipu kang...
Nasib baik aku ada snap pict peta hatyai tadi. (actually peta tu tah mana tah selit2 dalam beg2 shopping tu...malas nk punggah..:p)
Haa lepas view peta...rupanya hotel tu ujung jalan je dari tempat kitorang makan mi tomyam tu...wakakaka!!

Esoknya lepas check out pukul 12....kitorang sambung shopping lagi!! hahaha...tu je la kojo...yelaaa...mmg tula tujuan kitorang datang ke Hatyai ni selain merasa naik KTM kesini. Lagipun harga2 disini boleh kata murah la jugak dari kat Malaysia. Aku suka beli tshirt kat sini. Tshirt kat sini murah dan berkualiti! kain dia best cuma harga 100-120baht je ;)

Mulanya aku aim ape tau kat sini....aku carik seluar jeans kaler2 tu.....sbb aku tgk kat Mesia...seluar tu kebanyakan made in Thailand..! Panjang seluar tu pun fit2 dgn aku...suke! Tapi.....kenapa sehelai pun aku tak jumpa kat pasar2 area hotel lee garden ni....=,=!
Mungkin ada dijual di night2 market / night hawkers yg aku tak dapat pegi malam td sbb tak bukak tu.
Takpe laaa...ada niat nak datang lagi...wakakaka!! :p



Borong kak..jgn tak borong hehe

Hand made! murah..cantik..kemas...semua bawah 500baht
Tiket loteri dimana2


Ok..aku tau pintu dia jenis slide ;)
Jalan..jalan sampai lebam! sampai nak patah tangan aku hangkut barang2! Sebelum balik ke Hatyai Junction, kitorang singgah dulu kat post office...hehehe...kitorang nak pos poskad kat rumah sendiri. From Hatyai with love <3

Carik kedudukan post office hehe
Senandung Langkawi dah menanti di Hatyai Junction
 Keretapi bertolak dari Hatyai pada pukul 4petang waktu Thailand. Kalau waktu kite pukul 5petang dah...dan dijangka sampai kat KL Sentral jam 5pagi...yaaaa...pagi la sangat!!! pukul 9.30pagi kitorang sampai KL sentral! punya la lama.....lemau dalam ketapi..haha! tapi...tidoooo je takde sape nak bising! ghee! ;p

Keretapi dari Hatyai cuma 2 gerabak je..gerabak no7 seats manakala gerabak no8 berkatil. Sampai kat Padang besar..penumpang kene melalui proses immigresen dan masa nak masuk Malaysia ni..semua barang yg dibawa mesti melalui immigresen. Kalau masa nak masuk Thailand haritu..cuma bawak dokumen penting je...Dan masa ni gerabak ditambah semula kpd 8 gerabak. Masa ni tak ambik masa yg lama, tak mcm masa nk masuk Thailand haritu. Sbb aku ingat lama...aku cadang nk makan2 dulu..tp belum sempat nk order...wisel da berbunyi...so terpaksa la naik..adoii lapar nih!

Kantin


Lapo
Matahari terbenam di Arau Perlis
Sure tak roboh katil tu..jgn risau :)

Masa time pergi tu gerabak berkatil ni ramai pelancong mat saleh..takde masalah sgt..sunyi je.. Tapi time balik ni ramai pelancong dari China..paham2 jela bisingnya..tapi nasib baik tak berlanjutan..

Time aku nak landing2 kat katil (time ni aku dok katil atas)..ada sorang budak..anak salah sorang dari mereka lah kot.. berlari2 memanjat2 tangga katil tu..tangga katil aku tu letaknya diantara katil aku dengan katil dia..so agak menggangu la jugak..
Sekali aku heppp kan sekali sambil besarkan bijik mata aku ni..haa tak berani lagi dah dia nak panjat2 katil tu..hehe..garangkan aku? :p

Walaupun perjalanan ke Hatyai dgn KTM mengambil masa selama hampir 18jam..tapi pengalaman ni sangat berharga. Tempat tidur agak selesa..sejuk..berbantal..berselimut..cuma bagi yg berbadan besar eloklah guna katil bawah yg lebih besar. Katil atas tu sempit sikit tapi...katil yg bawah kene bayar lebih sikit yee..
Masa keretapi bergerak...sambil baring pandang2 keluar tingkap..tengok pemandangan masuk kampung keluar kampung..dari matahari terbenam ke matahari terbit..berada di tempat orang...ragam dan budaya orang...semuanya memang sgt bermakna ;)

Masa pegi...4 beg je....
Masa balik...amek kaw! aku pun taktau camne aku bawak sampai 3beg!