Monday 22 September 2014

Bulan madu di Melbourne

DOWN UNDER

Bulan itu....
Bulan cinta... hikhik..

Ecece...konon masih berbulan madu lah kan..padahal dah dekat setahun dah aku pergi bulan madu kat Melbourne tu..
Ermm..sebut je Melbourne...memang aku rasa nak pergi lagi! siyes best! Tak puas pergi haritu.. View2 indah yang memukau..hidupan liar yang Subhanallah Maha Suci Allah..tak tergambar dek kata2.. cuaca yang dingin,.. memang suka lah pergi Melbourne nih.

Melbourne adalah bandar kedua terbesar di Australia dan merupakan ibu negeri Victoria yang terletak di timur selatan Australia.




Aku ke Melbourne pada November tahun lepas, (10hb November 2013) sejurus selepas kenduri kawin aku selesai..hehehe... Selesai je majlis, malam tu kitorang dah fly dah. Husband aku da tak banyak cuti, so disebabkan cuti dia yang dah limited tu, kitorang kena pergi malam tu jugak dan cuma sempat selama 3 hari je kat Melbourne tu. Lepas tu aku dah kena terus berhijrah dan memulakan kehidupan di Kota Kinabalu.. sambung honeymoon kat KK jela..:P

So entry kali ni aku nak cerita sikit pengalaman aku di Melbourne disamping berkongsi sedikit info2 untuk kengkawan yang nak ke Melbourne nanti..

AUSTRALIAN VISA

Untuk ke Australia, kita kena memohon visa, tapi takpe, urusan permohonan visa boleh dibuat melalui online dan siap serta merta. Cepat dan mudah. Tak perlu nak isi borang visa yang sampai kawin berapa kali pun nak tau tu.
Bayar je $20 detail korang dah otometik ada dalam sistem dorang and dorang akan approve dalam tempoh 24jam. Tapi biasanya serta merta dorang approve. Thumb up! Tak perlu nak print atau tampal visa di passport pun. Nanti bila sampai kat immigresen sana, dorang scan passport korang tu dorang tau dah korang dah buat visa atau belum. Tapi boleh je kalau korang nak print confirmation tu sebagai bukti/rujukan.

Untuk apply visa tu, boleh klik kat sini --->Australian Visa online Application

Aku pergi dengan flight Airasia dengan harga tiket RM1100+ dua orang sehala. Time tu agak mahal jugak la tiket, sebab aku bukan beli time promo. Lagi berapa hari je nak kawin baru plan nak pergi Melbourne nih..Kalau beli time2 promo boleh la dapat murah lagi..Aku beli sehala je sebab balik ke Malaysia nanti, aku naik MAS pulak.

KASTAM & IMMIGRESEN

Malam tu aku berlepas pukul 10.30pm dan tiba di Melboune pukul 8+ am waktu tempatan. Dalam 8jam jugaklah flight dan waktu Melbourne dua jam awal dari waktu Malaysia. Kalau sekarang dah pukul 8pagi di Melbourne..kat KL baru pukul 6pagi.

Elok2 je aku keluar dari aerobridge yang dah lengang time tu..(aku & husband orang terakhir keluar dari flight sebab aku gi membuang dulu kat toilet) kitorang kena tahan dgn pegawai security yang bertugas time tu. Haa..macam2 lah kena soal siasat. Dia mintak tengok tiket pergi balik, mintak passport, mintak segala booking confirmation hotel ke, sewa kereta ke, visa ke..so prepare lah print siap2 segala yang korang dah booking tu.
Dia akan tanya lagi macam2 seperti.. datang dengan siapa, datang sini buat ape, tinggal kat mana, ada kenal sesiapa tak kat sini, berapa lama kat sini, kat Malaysia kerja sbg ape, berapa banyak duit yang kita bawak, and dia kan scan la badan serta beg kita..

Time tu aku tak bawak apa2 makanan pun dalam beg. Difahamkan, kebanyakan makanan atau produk sumber tenusu dari luar tak dibenarkan bawak masuk ke Melbourne ni..

Masa tengah beratur kat immigresen tu pun visitor2 lain akan disoal siasat randomly.. kat situ pun aku kena lagi skali..so jangan buat masalah ye.. :)

SEWA KERETA

Aku sewa kereta je sepanjang kat Melbourne ni. Mudah untuk aku nak kemana2 nanti. Aku sewa dengan Red spot car rental atau klik disini ---> https://www.redspot.com.au/
Segala booking semua melalui online je, so nanti tinggal pikap je kat airport, ada kaunter red spot ni kat sana. Aku pilih compact car jenis Hyundai i20, dan aku ambik semua pakej termasuk tol, GPS, unlimited mileage dan full tank fuel. harga aku tak ingat, hehe tapi boleh refer kat website tu. Deposit pun kene bayar sekali dan akan dipulangkan dalam tempoh tertentu lepas kereta dipulangkan..

Aku nak ingatkan kat sini, elok ambik tol tu skali sebab tol kat Melbourne tak macam tol kat Malaysia yg kita prepare duit kecik untuk bayar. Kita takkan pernah jumpa tol gate dan jangan ingat takde tol gate, takde lah tol. Ada certain2 highway kat Melbourne yang dikenakan tol. Kalau kita siap2 letak benda yang mcm smart tag tu, (kecik je) lekatkan kat bhgn atas cermin depan, nanti bila lalu tol, benda tu akan bunyi beep skali.
Mulanya aku hairan kenapa benda tu berbunyi sedangkan takde ape2 pun kat depan. Signboard yang menunjukkan kita akan melalmui tol dalam jarak 1km..500m tu aku ada nampak, tapi langsung tak nampak ape2 yang menunjukkan ada tol disitu. Berapa bayaran ke, baki ke, ape pun takde.

So..kalau rasa nak jalan jauh, mesti korang akan melalui highway atau tak sengaja akan lalu highway (kalau belum biasa lagi dengan jalan2 di Melbourne) eloklah siapkan sekali tol tag tu, kalau tak, tunggu je lah surat saman..dan penyewa kereta akan tuntut kat korang nanti..huhu.

Kalau nak memandu diluar Melbourne city, elok ambik yang unlimited mileage skali. Sebab lebih mileage nanti kena extra charge.
Kalau bawak budak kecik, diwajibkan untuk sewa carseat sekali, sebab kat Melbourne ni diwajibkan utk budak2 kecik ni dok dalam carseat. Boleh kena saman kalau tak ikut peraturan eh..










Tak susah nak drive kat Melbourne ni sebab bahagian pemandunya sama macam kita, belah kanan dan dorang boleh accept lesen memandu Malaysia untuk drive kat sini dengan syarat, lesen tu dalam bahasa inggeris. So, gi bayar RM10 kat JPJ untuk buat lesen dwi bahasa okeh.. Mungkin ada certain2 penyewa kereta yang tak kisah lesen dalam bahasa Melayu, tapi redspot ni mewajibkan lesen dalam bahasa inggeris. Aku dah call dorang utk pengesahan sebelum pergi.

CUACA & SUHU

Sebelum aku sampai kat Melbourne ni, aku search sikit pasal weather forecast disini, aku jangkakan waktu ni kat Melbourne dah summer. Musim di negara selatan ni berbeza dengan musim di eropah. Kalau bulan November/Disember musim sejuk kat europe, kat Australia pulak musim panas. So aku takde la prepare baju sejuk, aku pakai tshirt macam kat Malaysia je la..
Time nak tuntut kete ni kat kaunter red spot kat airport tu, aku tengok cuaca kat luar mcm panas terik kat Malaysia, sekali bila aku dah keluar..diluar sangat sejuk tambah lak berangin.. memang kena berjaket tebal la.. sedangkan sehelai jaket pun aku tak bawak...huhu..Time tu masih spring rupanya! Silap bajet la nih! Suhu time tu 13-15degC




Dengan bantuan GPS untuk ke Tune Hotel yang terletak di Swanston street, (kitorang menginap kat situ) maka tak susah lah perjalanan kesitu. Tune Hotel ni baru je dibuka kat Melbourne time ni. Walking distance je untuk ke Victoria Market dan muzium. Kalau nak cek room rate, boleh refer sini --> Tune Hotel Melbourne.

Kat Tune Hotel ni ada sediakan parking percuma untuk guest, tapi parking dalam buildingnya yang masuk ikut pintu belakang. Kalau parking kat depan Tune hotel ni kena bayar kat mesin bayar parking macam Majlis perbandaran punya tu untuk mengelakkan kene saman.



PHILIP ISLAND

Lepas cek in hotel dan naik ke bilik, kitorang terus ke Philip Island sebab nak tengok penguin naik darat malam ni.. sebelum tu, kitorang singgah beli kebab sebab perut dah lapar. Tak susah nak carik makanan halal di Melbourne ni..








 Harga lebih kurang je kat Malaysia, tapi jangan convert ke RM :)



Fresh kebab




Bila tengok balik pict ni, meleleh air liur aku..serious sedap!!



 Panjangg...tak mampu aku nak habiskan. Patut share berdua je tadi :)

Then, kitorang teruskan perjalanan ke Philip Island..wee !!



Philip Island ni agak jauh jugaklah dari bandar ...




KOALA CONSERVATION CENTRE

Sampai di sana kitorang pergi ke pusat pemuliharaan koala..



Kat sini ada bayaran masuk, kat sini jugak lah kitorang beli sekali tiket untuk menyaksikan penguin2 naik ke darat malam ni..tapi siyes aku tak ingat berapa...sorii..




Beruang2 koala kat sini dilindungi dan bilangannya tak berapa banyak aku tengok. So aku tak puas hati sebab tak dapat tengok dekat2 & tak dapat pegang. Lagipun koala2 tu tidoooooo je atas pokok even pokok2 tu bergoyang kuat dek angin pun dorang peduli ape..Esok aku nak carik jugak koala2 liar !







 Intai2 plak dia..


 Macam seketul buah je


The wallabies :)


 Hubby terpaksa korbankan jaketnya untukku :P



Berbanding kat Melbourne city tadi, atau hari yg dah semakin petang, suhu di Philip Island semakin menurun. Angin semakin kuat mencucuk2, kitorang dah tak tahan sejuk dah. So aku kena jugak carik jaket tebal. Memikirkan nanti nak ke pantai untuk sambut penguin, kompom angin lebih kencang kat tepi laut, so gelabah la aku baru nak carik jaket.
Kat situ lak kedai2 semua tutup seawal pukul 4..! Mujur ada satu je kedai lagi yang masih belum tutup dan ada jual jaket2 tebal yang sesuai..Syukur Alhamdulillah..kalau tak, tak taulah macamana nak menempuh malam yang sejuk tu..

Sementara nak menunggu malam untuk ke Penguin Parade, kitorang jalan2 di sekitar Cowes caravan park.. :)













Burung kat sini jinak2..





Kat Philip Island ni boleh jugak ambik cruise untuk ke Seal Rock..bolehlah tengok beribu2 anjing laut terdampar dibatuan, kalau bernasib baik boleh jumpa ikan2 paus dah dolphine bermain2 dilautan.. tapi aku tak sempat kesini sebab naik cruise ke seal rocks kene pepagi dan memerlukan selama 2-3jam tour.. harga tiket leh tahan mahalnye..huhu..boleh refer kat website ni ---> Wildlife coast cruises

PENGUIN PARADE

Penguin Parade ni tempat dimana sekawan penguin naik kedarat dari laut untuk kembali ke sarang masing2. Biasanya penguin2 ni naik time matahari nak terbenam.. so time ni boleh la tengok sendiri penguin2 tu secara live.
Maka lewat petang tu, aku ke Penguin Parade untuk menunggu penguin2 tu naik..


Mujur aku beli jaket tebal..

Untuk hari tu, penguin dijangka naik ke darat pada pukul 8.25pm berbanding pukul 8.30pm malam semalam. Waktu ni pukul 8 lebih masih belum gelap..


Countdown to penguins

 Sangat sejuk tambah lagi angin laut..masing2 berselubung..





Disini kamera tidak dibenarkan sama sekali sebab akan menakutkan penguin2 tu nanti.. memang tak boleh nak curik2 ambik time penguin tu naik sebab ada mata2 yang menjaga.. Kat dalam nanti boleh lah nak bergambar teknik photoshop..konon2 bergambar bersama penguin2 tu..bayar dalam AU$15.

Maka tiadalah gambar penguin time ni. Penguin tu takde lah besar macam penguin kutub tu..kecik je..comel..(refer kat gambar coundown to penguins). Beratus2 penguin muncul dari laut dan pulang secara berkumpulan.2.. Ada jugak penguin yang takut sampai 2-3kali terkedek2 berlari patah balik ke laut! Haha..comel sungguh !

Walaubagaimanapun...aku dapat follow sebahagian penguin2 tu pulang ke sarangnya.. nak curik snap pict time tu pun tak guna, sebab gelap..kalau guna flash kang..kantoi lak..

Beli sikit souvenir..

Menjelang malam, suhu jatuh kepada 9degC.. waktu begini, berada dalam bangunan lebih selesa dari berada diluar.. mujur drive sendiri..dalam kereta ada heater so selesa lah nak berjalan kesana sini. Makanan halal agak susah sikit kat Philip Island ni..so aku sambung makan belen kebab aku yang tak habis tadi..hehehehe....

Malam2 cenggini dah takde mende dah kat Philip Island ni.. senyap sunyi..takde satu kedai pun yang masih bukak..so balik ke Melbourne je la..

Pasang heater maximum!


VICTORIA MARKET

Esoknya, aku ke Victoria Market dulu sebelum memulakan perjalanan jauh ke Great Ocean Road. Yaaa...memang jauh! lebih 500km perjalanan pergi balik haritu..

Aku jalan kaki je ke Victoria Market ni sebab tak jauh dari Tune Hotel tu.. Sambil tu boleh tinjau2 keadaan di bandar Melbourne. Pada aku, Melbourne city tak lah sesibuk mana pun.. tapi yang ni menarik perhatian aku...




Ni la badak sumbu tadi.. Pengangkutan seakan bas yang menggunakan kabel wayar elektrik dan berpemandu ni namanya Tram.

Tram memang beroperasi di bandar Melbourne. Sungguhpun berpemandu, pemandu2 lain mesti berhati2 dengan Tram ni sebab dia tak boleh berhenti serta merta. Pemandu kena mahir menggunakan jalan raya di bandar Melbourne ni untuk mengelak dari terlanggar Tram2 ni. Contohnya macam badak sumbu tadi..cuba bayangkan kalau dirempuh badak sumbu yang sedang meluncur dengan skateboard...ish! so berhati2.. jangan drive dalam kawasan yellow lines..tu laluan tram tu..

Kat jalanraya di bandar Melbourne ni ada 'hook turn' khas untuk traffic2 yang ada laluan tram ni. Sekiranya berhenti di mana2 traffic light, terutamanya time nak membelok ke kanan yang juga ada laluan tram disitu., keutamaan diberi kepada tram..kalau biasanya nak membelok ke kanan kita akan ambik lane paling kanan, tapi hook turn ni, kene ambik lane paling kiri dulu sebelum membelok ke kanan. (ikut isyarat traffic light sebelum membelok) so disitu dipanggil hook turn
Susah aku nak terangkan secara bertulis.. cara2 menggunakan hook turn, boleh refer video kat sini -----> Doing hook turn

So pada yang nak drive kat Melbourne city ni, perhatikan tanda hook turn, dan beware of tram..hee~


 Cam dataran merdeka







Tram ni lalu kat depan tune hotel tu jugak dan berhenti di hentian2 macam bas. Tram yang kaler merah FOC je, takyah tambang..so boleh la pusing2 Melbourne dan juga ke tempat2 attraction spt Muzium, Markets dsb disekitar bandar. Tapi, aku kesuntukan masa dan tak sempat nak ronda2 dengan tram ni..ermm..


Dah sampai ke Victoria Market.


 Victoria Market


Victoria market ni merupakan pasar jualan daging2 mentah, buah2an, sayur2an.. makanan dan segala produk tenusu dan organik ada dijual disini..
Keadaan pasarnya..sangatlah bersih !!!






Daging kangaroo pun hado..





Di bahagian belakang market ni pulak menjual segala macam souvenir, pakaian, hiasan, aksesori, dll..
Aku datang awal pagi, tak ramai lagi orang dan peniaga2 baru nak mulakan jualannya. Tak silap aku, ada hari2nya Victoria Market ni beroperasi..
















 Ooooppss! :P



 Selesai memborong kat sini, kitorang balik ke hotel, ambik kereta dan terus memulakan perjalanan ke Great Ocean Road.



GREAT OCEAN ROAD

Great Ocean Road ni adalah sebatang jalan dan pemanduan yang menyusur di tepi laut dengan pemandangan yang super duper indah sepanjang perjalanan tu! di kiri jalan adalah lautan terbentang luas manakala di kanan jalan pulak adalah padang rumput hijau, tempat2 hidupan liar dan binatang2 ternakan meragut rumput di atas bukit bukau..Subhanallah...pemandangan yang memukau! Memang rileks dan tenang je drive kat sini. Tapi, memang aku rileks pun, sebab yang drive tu husband aku..kihkihkih !


Camni lah Great Ocean Road tu.. sepanjang2 jalan kat tepi laut


Kitorang ikut Geelong utk ke GOR



Distances

Melbourne to Geelong - 75 km
Geelong to Queenscliff - 30 km
Queenscliff to Anglesea - 54 km
Anglesea to Lorne - 28 km
Lorne to Apollo Bay - 45 km
Apollo Bay to Port Campbell - 103 km
Port Campbell to Warrnambool - 66 km
Warrnambool to Port Fairy - 29 km


Haa..cer totalkan berapa kilometer tu? dekat 500km jugak perjalanan merentasi Great Ocean Road nih..

Selain view yang cantik, ada juga tempat2 menarik untuk dilawati di sepanjang Great Ocean Road seperti 12 Aphostle di port Campbell national Park, Rumah2 api, Apollo Bay, Memorial Archway, melihat ikan2 paus kat laut di area Cape Otway, Kennett River Park, Koala2 dan kangaroo2 liar serta wildlife park. Kompom rasa berbaloi drive jauh2 ! :) Biar gambar berbicara...

BELLS BEACH

Perjalanan ke Great Ocean Road ni memang makan masa yang agak lama sebab keluar masuk jalan2 kampung, jauh dari bandar. Tapi aku memang suka dengan suasana kampung yang tenang, damai dengan kehijauan padang2 rumput serta haiwan ternakan.



Singgah untuk menikmati keindahan di Bells Beach






Kitorang tak boleh lama2 berdiri kat sini sebab angin kencang dan sangat sejuk!! Snap2 pict then duduk dalam kete pasang heater sat..lepas tu sambung snap pict lagi untuk 2-3minit.

Then kitorang melawat antara rumah2 api sepanjang GOR tu..

LIGHTHOUSE


 Rumah bekas penjaga lighthouse disini


 Haluuu! enibadi home? nak mintak air sikit!





 Park kete and jalan2 ke tepi laut



 Erk..cantiknya laut...!


 Cantik dan nyaman je atas bukit lighthouse ni..





MEMORIAL ARCHWAY





Memorial Archway ini dibina atas dasar penghormatan yang diberikan kepada askar2 masa perang dunia pertama yang terlibat dalam pembinaan Great Ocean Road ni.

Kat sini ramai pelancong2 akan singgah untuk bergambar..tapi waktu aku datang GOR ni..segalanya lengang. :)

Then, bila nampak pekan kecil, kitorang singgah untuk carik makan atau apa yang patut dulu..





Burung2 liar disitu..


Isi minyak kat shell. Full tank minyak semalam dah abis..

Lepastu aku sambung perjalanan dan masuk ke kawasan kampung.. saje nak tengok2 ladang ternakan kambing dorang..geram pulak aku tengok kambing2 yang gomok2 tu..hee~~

FARMS


 Cantik baju kuda ni..


 Kuda pun pakai baju sebab sejuk



Mintak tumpang bergambar ye tuan ladang...



Kesian lak ai kambing ni kesejukan sbb dah diambik bulunye





Lembu dan kambing.. kalau tengok, kat padang & bukit2 sepanjang Great Ocean Road tu memang bertabur lembu dan kambing yang gemuk2 sihat2 








COASTLINE

Aku dah mula rasa letih dan mengantuk, hubby pun dah letih drive, so kitorang berhenti di tepi laut untuk berehat. Bukak sikit tingkap dan biarkan angin pantai bertiup segar..sampai terlelap kitorang kat situ..hee~


Bila terjaga, kitorang ambik kesempatan tu untuk menikmati keindahan laut selatan..Subhanallah..terasa kerdil diri ni..








Tapi..dengan angin laut yang kencang dan sejuk yang mencucuk2 pipi.. aku tak dapat bertahan lama kat tepi pantai ni..

MEMBURU KOALA LIAR

Kemudian aku di area Cape Otway tak silap, dan kitorang masuk ke kawasan hutan untuk mencari habitat beruang2 koala. Asal nampak je pokok2 eucalyptus kompom ada makhluk ni..

 Agak scary..cam citer antu omputeh

Park elok2 kat tepi jalan..

 Kat sini memang banyak sungguh koala bear..boleh dilihat dengan lebih dekat lagi.. ada yang tidur didahan pokok yang rendang, ada yang mengendong baby..



Camne punya goyang pokok disebabkan angin pun depa ni nyenyak je tido..



Koala bear ni sungguh comel! Habitatnya di pokok2 eucalyptus dan haiwan ni tak makan daging, cuma makan daun2 eucalyptus tu. And dah memang lifestyle haiwan ni tidooo je selama 22jam..sleeping beauty!

 Cer kejut dia sat..!

Mamai bila dikejutkan dari tido..hehe


Bila tengok kuku dia tu, aku batalkan niat aku nak mendukung makhluk ni..huhu.! Taknak ambik risiko..kang kalau dia bagi penampo sedas kat aku kang..mau parut kekal kat pipi ni..!

Mula aku ingat natang ni naik angin sebab aku snap2 pict dia byk kali..dengan bunyi dia yang seakan beruang makan daging tu, lepastu aku tengok dia mula turun dari pokok..aku dah naik cuak dah! stanby langkah seribu kot2 dia nak kejar! hehe



Rupa2nya, dia nak kencing..huhu.. bertamadun gak la kan tak kencing dari atas pokok. hee~

MENGEJAR KANGAROO

Lepas puas tengok koala2 ni..aku nak menjejaki kangaroo pulak. So aku cuba kat kawasan padang rumput atau di bukit2..

Mesti ada kangaroo sekitar sini..

Aku rasa bernasib baik bila ternampak satu private park ni.. Perlu bayar fee jugaklah kat tokeh park ni (sori aku siyes tak ingat berapa kena bayar untuk masuk dan tengok2 park ni..) Langsung takde orang kat situ.. sebuah park yang diusahakan sendiri oleh beliau. Teringat citer we bought a zoo. :)

Kat situ, kita diberi kebebasan untuk masuk ke dalam kawasan2 atau kandang haiwan ...terpulanglah kalau berani ke tak.. 

Hello kitty kitty..are u there?


Aku sangkakan kangaroo yg terkurung dalam kandang sempit..rupanya sebuah padang yg luas utk mereka.. (y)

Suke tengok kangaroo melompat2

 Kejor dia..kejor!!


Shhh...cucuk punggung dia..!



 Natang ni macam kambing pun ye, macam unta pun ye..rare..!

Alpagas namo eh... 
 Sempoi je tulis camni.. :)




Merak2 ni pun tak dikurung, dibiar bebas je dalam park ni..

Alahai tomeynyee...jinak! macam nak berkomunikasi ngan kite je..

Lepas puas bermesra dengan haiwan2 disini..kitorang teruskan perjalanan lagi dan singgah untuk minum kopi kat sini..

Kat kedai pun ada jual petrol. Aku pasan kat Melbourne ni..petrol ada dijual kat kedai2 atau cafe..dan harga seliter pulak berbeza2 dengan kedai2 yang lain..ikut suke tokeh kedai nak jual berapa dolar seliter kot...

TWELVE APHOSTLE - PORT CAMPBELL NATIONAL PARK

And then kitorang meneruskan perjalanan sampailah ke Port Campbell.. Kat sini kitorang tak terkecuali untuk tengok sendiri betapa cantiknya twelve aphostle tu walaupun sekarang cuma tinggal lapan je..









Aku & hubby menikmati panorama indah disini sehingga matahari hampir terbenam.. :)





Untuk menempuh lagi beberapa jam keluar masuk kampung, kitorang mula teruskan perjalanan sampai ke Melbourne.. hari semakin gelap, jalan2 di penghujung Great Ocean Road pun dah gelap gelita, kiri kanan hutan dan ladang2.. perut pun dah semakin berkeroncong.. sampai lah kat satu pekan kecik yang kebanyakan kedai2 dah tutup. Cuma ada satu restoran Thai je yang hampir nak tutup..so kitorang cuba carik apa yang boleh dimakan disitu.. kalau skip kedai ni, taktau lah dapat makan ke tidak kat Melbourne nanti sebab rata2 kedai semua dah tutup malam2 camni, and kitorang nak tempuh lebih sejam dua lagi utk sampai kat Melbourne.


543km..Trip ke Great Ocean Road haritu


Lebih kurang pukul 11malam baru kitorang sampai di Melbourne city and terus cari building redspot car untuk pulangkan kereta. Esok dah nak balik dah..
Kat situ, just park kete kat bay, cek elok2, lock kete tu and drop je kunci dalam peti yang disediakan disitu. Jangan ada barang yang tertinggal dalam kete pulak ye... sebab takde sape disitu yang nak ambik kunci balik...ofis da tutup.

Lepas tu..jalan kaki ler dalam kesejukan malam pulang ke hotel.. cadang nak keluar carik makan pun tak jadi sebab tak tahan sejuk!


Esoknya, sebelum bertolak ke airport petang tu, kitorang jalan2 kat sekitar bandar Melbourne. Ada pelbagai designer butik ternama spt LV, Gucci dsb.. serta butik2 pakaian, kasut..yang sememangnya memanggil2 shopaholic cam aku ni..! :P

 Kat sini pulak takde satu pun money changer. So stanbylah duit AU$ secukupnya. Kitorang dapat tukar duit kat satu bank ni..haih..lupa lak aku nama bank tu..yelahh..dah hampir setahun.. Bukan semua bank pun buat money changer nih..bila bertanya kat satu2 bank.., dorang rekemen bank yang aku lupa namanya tu..Staf kat situ time tu orang Malaysia berbangsa cina. Sangat friendly and dia tolong tukarkan duit RM ke AU$.

So..kat Melbourne city ni bersepah2 restoran2 halal..










Tapi yang ni restoran cina..

Banyak lagi lah restoran2 halal kat Melbourne ni, so takde masalah nak cari makan..

Lepas jalan2 kat city, kitorang balik hotel untuk cek out dan panggil teksi untuk ke airport. Tambang teksi ke airport yang jarak lebih kurang 20km tu RM60+
Kat airport nanti boleh lah claim balik tax2 yang kita bayar masa membeli barang. Tunjuk resit2 tu nanti, tapi boleh claim balik minimum kumulatif resit AU$500 keatas dan tax yang dikenakan keatas barangan yang dibeli sahaja..macam tv ke, henpon ke..ape2 lah..tapi perkhidmatan macam taxi ke, tiket2 entrance ke, makan2 ke..suma tak boleh claim. Kat Australia ni, beli apa saja, semuanya dikenakan tax..

Walaupun percutian aku di Melbourne ni tak lama, tapi aku rasa cukup bermakna sekali dan of kos kenangan yg takkan dilupakan! Siyes aku pasang hajat nak datang lagi, dan pergi ke tempat2 yg tak sempat nak pergi haritu..dan sambung drive ke Sydney terus.. InsyaAllah..