Sunday 31 August 2014

Menawan Tembok Besar China di Beijing (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim....

Dah setahun aku tak jenguk2 blog ni sampai aku dah tak reti cemana nak bukak..cemana nak itu ini...semuanya kekok!.almaklum lah...dah jadi wife orang..bizii..kikiki!
Maka harini, dengan keazaman yang tinggi..aku taip jugak la entry pasal trip aku ke Beijing Pertengahan September tahun lepas. Haa..nak setahun dah kan...! So..sebelum aku lupa..aku titipkan segala memori indah tu di sini disamping berkongsi info2 untuk kengkawan semua :)

Segalanya bermula dari sepupu kesayangan aku tu la yang beriya mengajak ke Beijing,..sudahnya dia yang tak follow trip kali ni. So aku pergi dengan kengkawan2 gila aku tu..jadi 6 orang je semuanya. (^^) v

Aku ambik muslim private tour..so segala urusan nak tempah hotel ke..transportation ke..visa..semua serah pada agen tersebut...mudah kan! Kalau nak masuk ke China..kenalah apply visa..seeloknya apply la awal2..tapi jangan pulak terlalu awal sebab visa China ni valid 3bulan je dari tarikh dikeluarkan..

Nak kata citer cemas aku ni plak..seminggu nak fly ke Beijing tu barulah aku terhegeh apply visa. Member2 aku yang lain dah settle dah 2 minggu sebelumnya lagi..aku lambat submit form sebab aku nak guna passport. Leceh jugak la kan nak kena pergi China embassy nun kat KL tu untuk apply visa ni.. tak seperti memohon visa australia...pakai online je..on the spot siap!
So segala urusan visa, agen yang uruskan..atleast 4-5hari siap..tetapi...esoknya nak fly..visa aku tak keluar lagi...! ngeri!! hoi...jangan buat hal!

Malam tu..as promised agen tu datang nak serahkan visa aku kat umah aku...tapi.. masa dia datang, aku nampak muka dia macam serba salah..tangan pun kosong je..lenggang kangkong! takde passpot..takde visa!
Katanya..sistem offline..insuran tak dapat keluar lagi..so visa pun tak dapat keluar...WHAT??!!!

Aku pot pet pot pet jela kan of kos! Sok babai la jawapnya...waaaaa!!!

Dia promised kat aku esok sebelum aku cek in die datang serah passport aku kat airport..flight pukul 7pm....adoiiiiiii tak tidur malam aku dibuatnye!

Pukul 5pm keesokannya baru aku dapat pasport aku...ngam2 je time...syukur takde halangan lain...kalau tak....T_T

Moral of the story..jangan last minit ye..takut ada ape2 problem dgn proses application tu..delay jadinya nanti. Babai la jawapnya haha..



Flight Air Asia X ke Beijing malam tu full! Jam 7.00pm kami berlepas dari LCCT menuju ke Beijing Capital International airport. Aku dah kebulur giler dah..mana taknye..dah 2jam berlepas..makanan tak serve lagi..
Sebab cuaca buruk so FA pun kene dok diam2 pakai seatbelt. Memang macam roller coaster gak la sesekali aku terasa flight malam tu..terasa jantung gugur macam naik roller coaster...berapa nya buruk la cuaca kat luar tu kan..

Selama 2jam tu..penerbangan tak selesa..bergegar2..berhenjut macam dilambung ombak... ish..takut!! Sampaikan amoi yang duduk kat row seat tengah bersebelahan dengan member aku melambakkan muntah beliau atas lantai flight tu! Eeeeeewwwwww!!!!

Member aku tu nak terikut muntah sama! Nasib baik la aku duduk tepi tingkap..tak nampak ape yang dimuntahkan..patah selera nak makan nok!!




       Dua bekas nasik aku sental...kebulur punya pasal! ngeee (^^)v


Kitorang sampai di Beijing Capital International airport pada pukul 1.05pagi waktu tempatan. Waktu di Beijing sama je dengan waktu di Malaysia. 6jam perjalanan tu takdelah terlalu lama..tapi sempat jugak la aku lelap2 dalam flight tadi.



Disana tour guide kitorang bernama Chun dan seorang assistant dia dah menunggu diluar..sian dorang kene bekerja waktu2 begini kan..hihi. Chun boleh berbahasa Indonesia..tapi dia langsung taktau cakap english. Langsung taktau..boleh nak kata, memang zero lah! zero pun dia taktau mende...siyes!

Kitorang dibawa menaiki van dan perjalanan dari airport ke hotel ambil masa dalam sejam atau lebih! pehh..jauhnye...!



Mulanya sampai kat hotel Jin Jian Fu Yuan aku ada sikit tak puas hati sebab nama hotel lain dari yang diberitahu..lampu2 hotel tu banyak yang telah dipadamkan so dari reception tu aku tengok macam kecik je hotel ni..tak seperti yang ditunjukkan sebelum ini..kena tipu ke ape ni?? tapi disebabkan perjalanan yang jauh..jam pun dah menunjukkan pukul 3.00pagi..kitorang pun dah letih dah macam cekodok basi...esok2 la aku bising kat agen yg kat Malaysia tu nanti! :P

Tapi...bila pagi menjelma...aku terasa macam berada di hotel lain pulak...tak semalap and kecik malam tadi aku sampai...


Bahagian foyer hotel



Pintu masuk (Staff hotel pun jadi mangsa jakun dorang tu haha!)



Reception



Lif 

Bilik pun cantik dan sangat selesa..tapi aku tak sempat snap dah kecah dulu :P

Hotel bertaraf 5 bintang di Beijing..untuk bisnes stay kot..sebab aku tak nampak sikit pun tourist2 disini..
Ok..tak jadi nak bising :D



Cuaca pagi di Beijing pada pertengahan September tu agak sejuk macam pasang ekon diluar..tapi bila dah merangkak ke tengahari..agak panas juga la..Pada waktu ni musim panas baru je berlalu dan musim sedang beralih ke musim luruh. Sungguhpun begitu...panas disana tak seperti panas di Malaysia..sesekali angin bertiup segar...nyaman!

Hotel ni menyiapkan sarapan pagi yang mewah..macam2 menu..tapi kerana kitorang meragui kehalalannya..maka kitorang breakfast dengan roti je..

Pukul 9.00pagi siap..aku tengok Chun dah menanti diluar dengan pakaian semalam yang tak berganti. Aik Chun? tak mandi ke? haha direk je tanya. Rupanya..selagi kitorang tak balik..Chun akan tidur je dalam van sebab rumah dia jauh dan sangat lama untuk berulang alik..mak ai..kesian jugak!


 Ni dia si Chun tu...comel kan? ke cun? haha

Agenda pagi tu kitorang akan ke Tiananmen Square dan Forbidden City..antara tempat2 yang wajib dilawati bila berada di Beijing. Actually, walaupun kitorang ambik private tour..itinerary bukan atas pilihan kita..dorang yang tentukan sendiri...ini bermakna..kitorang wajib dibawa ke tempat2 wajib...tempat2 yang wajib kita pergi of kos la Tiananmen, Forbidden city, Great Wall, Summer palace..memang semua tourist nak pegi pun kan...tapi kitorang jugak mesti pergi ke kedai2 wajib yang kita rasakan tak perlu.. Bak kata Chun..ini arahan pemerintah! pehhh ayat...
Apa kedai wajib tu? nanti aku cerita....


Perjalanan ke Tiananmen Square mengambil masa 3jam dan agak macet sikit pagi tu.. macet tu jem lah dalam bahasa Indonesia! Sempat jugakla kitorang terlelap dalam van tu disebabkan tidur lewat semalam.


     Tugu peringatan



Tiananmen square..pernah menjadi peristiwa berdarah kerana rusuhan golongan pelajar yang menuntut demokrasi..seterusnya sila tanya pakcik google :P


Chun gigih jugak nak menceritakan peristiwa sesuatu dalam bahasa Indonesia..tapi ada kalanya..dia masih taktau nak cakap macamana dalam bahasa Indonesia tu. Last2 kitorang ckp.."takpe2 Chun...nanti kitorang google je"hahah!


  
  Gate pertama ke istana - Forbidden City

Istana Forbidden City telah mula digunakan sejak zaman Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing iaitu telah berusia hampir 600tahun. Bila masuk tempat ni...aku terbayang filem2 diraja cina..puteri2...my fair princess...huan zhu gege...hihihihi...!







         Pelan istana



 Aku suka merenung senibina2 lama dan bangunan2 lama

Membeli setem & poskad.. yang ni antara benda wajib bagi aku. :P


Yeah!! sending poskad! mujur ada Chun bagitau mana satu lubang nak masuk..tapi sebelum tu akak aku  dah termasuk kad kat bahagian local. Akunye poskad sebulan gak sampai ke Malaysia...tapi akak aku nye kad 3bulan! Kad dia pegi ke German dulu..Dia tu pun satu sengal gak tak tulis 'Malaysia''..address dia sampai Selangor Darul Ehsan je...so kakitangan pos Beijing memandai tambah situ Germany! hahahaha!!!




    Haaa...Selangor darul ehsan, Germany wakakaka! konfiden betul dorang nih!





  Bahagian dalam istana







Tengahari tu kitorang meninggalkan forbidden city untuk dibawa makan tengah hari...yeaaa makan!! \(^^)/










Makan biasa je..chinese food..tapi agak masin sikit kat Beijing ni




   Alhamdulillah...kenyang suda :)

    Mulalah perangai.. :D

Seterusnya kitorang dibawak ke masjid tertua di Beijing Masjid Niu Jie yang terletak di Xuanwu, kawasan penduduk muslim terbanyak di Beijing.




 Kalau dilihat dari senibinanya...siapa sangka ini masjid..seni bina tradisional cina tak ubah seperti tokong2 cina..tapi masjid ini mempunyai keunikannya tersendiri..


 Masjid ini dibina pada tahun 996 sejak Dinasti Liao dan dibangunkan lagi pada zaman Dinasti Ming pada tahun 1441 seterusnya ke zaman Dinasti Qing pada tahun 1696. MasyaAllah...lamanya usia masjid ni...


     Terpesona dengan senibina struktur decoration tradisional cina dan arab ini..




    Non muslim tak dibenarkan masuk masjid @ ruang solat






      Ruang belajar atau mengaji









Makam dua orang syeikh yang pernah menjadi imam disini




Kemudian kitorang dibawak pula ke gedung sutera cina. Gedung terbesar yang menjual pelbagai jenis fabrik yang dihasilkan oleh ulat sutera cina. Jom kita tengok!

Sampai disana..kitorang disambut oleh seorang salesgirl..so dia bawak kitorang masuk dan beri serba sedikit keterangan mengenai asal usul sutera..
Kita sendiri tau sutera asli cina merupakan sutera terbaik didunia dan asal usul fabrik sutera memang pun berasal dari China..sutera cina merupakan fabrik yang halus, bermutu tinggi lembut dan ringan,..tak hairanlah dengan harganya yang mahal..













   Sebijik kepompong tu boleh ditarik sampai sebesar ni..  



 Taik ulat sutera..sangat baik untuk mata...so boleh lah makan begitu saje..huhuhu! Juga boleh dibuat isi bantal




Pakaian maharaja cina..diperbuat dari sutera




Fabrik 100% sutera asli China ni diperbuat dari beratus2 malah beribu2 kepompong sutera. Kepompong yang megandungi seekor ulat sutera didalamnya sesuai dijadikan pakaian manakala kepompong yang mengandungi dua ekor ulat didalamnya boleh dijadikan gebar atau selimut.



Fabrik sutera ni mudah dijaga, tidak mudah berkedut dan boleh juga dicuci dengan menggunakan mesin basuh tapi kena la gunakan bahan pencuci yang lembut seperti syampu.

Harga set cadar..tersebut mencecah ribuan ringgit..tapi dorang sebolehnya nak kita bawak balik something dari kedai mereka..so dorang akan bagi very good deal punya :)

Kain ela sutera disini pun boleh ditawar...jangan cepat berpuas hati dengan harga..tawarlah sebaik mungkin. Seperti yang aku cakap pasal kedai wajib tadi..ni dikatakan antara kedai wajib la..kitorang takde pilihan lain..ni lah satu2nya kedai sutera yang kitorang dapat pergi...nak tak nak..kena la beli kat sini so tawarlah sebaik mungkin...siapa tau..bila customer tiada pilihan...mereka ambik kesempatan letak harga mengarut...tapi of kos kita nak pilihan lain sbb kain2 ela yang aku nak beli dah tak banyak pilihan kat sini... aku mintak Chun bawak ke pasar..nak cari sutera lagi..dia kata..tidak boleh..ini arahan pemerintah! pehhh lagi ayat! (Untuk kali kedua aku pikir..pemerintah yang dia maksudkan tu bos dia ke atau presiden? huhu)
Tapi dia ada bagitau..setiap agensi pelancongan di Beijing ni..kalau nak terus beroperasi..mesti mematuhi syarat2 seperti membawa pelancong ke tempat2 wajib tu tadi..


 
Selesai shopping sikit kat sini...aku dah terasa gian sangat nak shopping2 kat tempat lain..dimana aku boleh buat banyak pilihan nanti...tapi Chun bagi tau..kita pergi massage!..

Laaa...kalau tak massage takleh ke...aku nak shopping nih! Dalam pada tu banyak kali gak la aku tanya Chun..massage2 tu free ke?? Sebab dia kata free..ok! lau tak..boleh blah! :P

Sampai disana..kitorang satu group dibawak masuk ke satu bilik...husband member aku tu pesan..kalau dorang offer beli barang..tak payah beli..".sbb dari cerita dia..makcik dia ke siapa ntah ngadu kat tabib tu penyakit macam2..biasa lah..org tua kan..sekali haa...sampai terbang ribu2 ringgit beli ubat tu..!
Then dalam tu kitorang dibagi sedikit penerangan jugak...penerangan mengenai titik2 akupuncture dan kesihatan dalaman...kena sekolah jap eh...




 Uncle tu orang Indonesia dan berbahasa Indonesia

Lepas uncle tu celoteh2 sikit..kitorang dibagi sebesen air herba hangat untuk rendamkan kaki..buang toksin badan..ermm...ni dah silap hari ni...patut buat esok lepas turun great wall...huhuh


      Macam air teh kan..minum teh petang2 ni pun best gak...





  Panas der air tu!! tak leh rendam kaki lama2

Tak lama lepas tu..setiap sorang dari kami didatangi dua orang..sorang tabib dan sorang lagi jurubahasa.. macam tabib citer2 cina..sekali dorang pegang bahagian nadi di pergelangan tangan...dorang dah tau penyakit ape dah. Tabib tu bagitau aku..rahim aku tak kuat dan bila pregnant nanti senang gugur...ye ke tak tak tau la kan..Wallahualam...
So dia suggest aku beli ubat2 herba dari mereka...aku just geleng kepala jela kata taknak...
Yang bagusnya..dorang ni tak memaksa...sekali kata taknak..ok je...good!!
Then barulah tukang urut mengurut kaki aku...

Tapi aku tengok husband member aku bersama tabibnya tu tak sudah2 lagi...siap berkungfu bagai...gedebak gedebuk haa! pe masalahnya aku taktau...ada la tu kot masalah tenaga dalaman..haha!
Sudahnya husband dia tu terjebak gak beli ubat herba sebotol 60biji dengan harga dalam RM200 duit kita...amekkaw!! Kejap! bukan ke dia tadi yang pesan suruh jangan beli ape2?? hahahaha!!
 Takpelah...ada gak wakil membeli..hihihi...caboottt!!

Kitorang dibawa makan malam sebelum bertolak balik ke hotel. Chun suruh makan cepat2 sebab perjalanan ke hotel ambik masa 2jam.






 Benda yang halus2 tu kentang goreng...sedap! dorang ni sampai nak menapau! hahaha!




So malam tu kitorang rest cukup2 sebab esok nak panjat great wall..yeahh! \(^^)/
zzzzz......opss! sambung lain kali eh... :)

*Beijing Part 2 klik disini