Friday 30 January 2015

Warner Bros Harry Potter Studio Tour London

Assalamualaikum..

Hadoii...payah nak datang mood menulis kat sini.. kalau mood datang pun..tak tentu kekal lama..tulis separuh jalan je...huhu..hangat2 taik ayam tol! :P

Banyak juga cerita2 kembara tertangguh..cita2 nak kembara mana2 pun tertangguh jugak..huhuh
Ok. Aku sempat ke London & Paris pada musim luruh bulan November tahun lepas sempena ulang tahun perkahwinan aku dan aku cuma ke dua2 kota yg dikenali sebagai kota romantik ini. Banyak tempat2 must visit di London aku kunjungi termasuklah Harry Potter Studio Tour London yang terletak agak jauh dari kota London iaitu di Leavesden, England.

Aku adalah die hard fan of Harry Potter! Yaa..sangat2 meminati novel 7 siri Harry Potter. Buku2 Harry Potter tu aku dah baca berulang2 kali..tetap tak jemu2 jugak..taktau kenapa..sangat2 ohsem! terbaik! Lawak..sedih..adventure..sume ada. Ah..korang baca korang pun mesti suka kan.. :)

So entry kali ni aku nak menyentuh pasal Harry Potter studio tu je dulu :)
Bila husband aku sebut je pi London..aku terus terpikir jejak2 Harry Potter nih. Lagipun cerita Harry Potter ni semua disekitar London. Asal usul idea penulis J.K Rowling mengenai cerita ini juga sewaktu beliau sedang menunggu tren di stesen keretapi King Cross, dan sewaktu beliau berada disekitar London. Setelah pembikinan filem ini telah tamat, segala kelengkapan studio bagi menjayakan filem ini disimpan disebuah gudang besar agak jauh dari kota London dimana kostum2 sebenar..set..props dipamerkan disini atas permintaan jutaan peminat Harry Potter khabarnya.

Wahhh..inilah tempat pertama aku nak jejak bila sampai kat London!! hahah..
Tiket entrance fee studio ni hanya boleh dibeli melalui online di website Warner Bros Harry Potter Studio Tour London. So..kalau dah sampai situ..takde kaunter jual tiket dah..cuma kaunter untuk ambik tiket yang dah booking terlebih dahulu. Aku booking melalui website kira2 3@4 bulan sebelum depart ke London (taknak terlepas peluang, takut fully booked) dengan harga 31pound per pax. (Aku tak jumpa simbol pound kat blogger ni mahupun kat keyboard! hahaha) Lebih kurang RM160+ time tu.

Pada sesiapa yang tak minat Harry Potter ni mungkin akan merasa bosan disini..sebab tempat tu bukan macam universal studio ada rides entertainment ni..tempat ni umpama muzium seperti yang dah aku terangkan kat atas tadi.. peminat2 Harry Potter mesti nak merasa sendiri perasaan sebenar berada di set penggambaran filem ataupun bahagian2 seperti yg digambarkan dalam buku siri Harry Potter tu kan...termasuk aku! heheh

Aku ke Studio Harry Potter pada hari kedua aku tiba di London..sebab aku nak stanby awal2 pagi kat sana..maklumlah kota London yang sesak lagi2 underground tube tu. Tiket pulak aku pilih seawal pukul 11pagi dan mesti berada di Watford Junction at least 45minit sebelum tour bermula. Kalau terlepas timing..memang burnt la ye..dah ada kes camni. Watford Junction adalah station terakhir untuk ke Harry Potter Studio Tour dan tour mengambil masa kira2 3jam.

Disebabkan aku stay kat Clapham South, aku ke Watford Junction station dari station Balham kira2 15minit berjalan kaki dari hotel. Tapi sebab aku malas nak berjalan kaki sejuk2 awal pagi tu..aku naik underground (Northern Southbound yang line dia kaler hitam) yang paling dekat dengan hotel aku - stesen Clapham South dan seterusnya ke stesen Balham. Boleh juga ke Watford Junction dari Euston dekat King Cross tu..tapi..paham2 la..station tu kat Central..King Cross..mesti ramai..so aku rasa better aku naik dari Balham je..

Dari stesen Balham, aku ambik National Rail ke Clapham Junction untuk tukar platform terus ke Watford Junction. Total perjalanan ambik masa kira2 sejam untuk sampai ke stesen Watford Junction tu & total tambang ke Watford Junction dgn menaiki underground & National Rail tadi kira2 6pound. (tak silap akulah..sebab kadang fee amount tak keluar masa aku touch out card tu. Tapi aku dah riki harga)  Aku guna Oyster Card je..kalau beli tiket, tambang ke Watford Junction dari Clapham South tadi dalam 10pound. Jauh beza tu...




Aku sampai awal pagi kat Watford Junction. Time tu belum pun pukul 8pagi..huhu.. Sepatutnya, bila sampai kat Watford Junction ni..sebelah stesen ni ada perhentian bas dan kat situ kita kena menunggu shutter bus Harry Potter Studio Tour yg akan bawak kita kesana..Tambang return 2pound perpax by cash. Disebabkan waktu masih terlalu awal.. aku jalan kira2 10minit ke sebuah shopping mall yg terletak dihujung jalan melalui kawasan perumahan disitu untuk carik breakfast & sim kad Three

Terrrsangkut pulak kat Primark disitu...dah pukul 10lebih baru aku terhegeh nak berjalan balik ke stesen Watford Junction td..itu pun husband aku tarik aku..(nampaknya..shopping masih lagi jatuh ditempat pertama sehingga macam tak kisah terlepas tour Harry Potter yg kononnya die hard fan td :P) OMG...!!

Tak lama pun menunggu kat bus stop situ, kelibat double decker bas Harry Potter dah kelihatan..weeehuuu!! terus datang excited!!



Bayar 2pound sorang kat driver dan perjalanan mengambil masa selama 20minit ke studio.














Bekas tapak tangan 3 watak utama Harry Potter dipintu masuk - Danial Radcliffe, Rupert Grint & Emma Watson masing2 sbg Harry Potter, Ron Weasley & Hermoine Granger

Outer coat & bag boleh simpan kat kaunter didalam..for FOC tak silap aku..huhu (pasal aku tak nampak husband aku keluarkan wallet :P). Sampai2 sini..sementara menunggu baki masa sebelum tour bermula..aku ke Harry Potter gift shop dulu..hee (^^)v


 Macam2 dijual disini..dari tongkat sakti, costumes, cenderahati, poskad, model2 barangan  sampailah ke permainan catur antik Ron Weasley yg bernilai ratusan pound!


Bertie Bott Every flavour beans & chocolate frog berharga 8pound satu

Wand - berharga 25pound sebatang

Barang2 souvenir dan costumes WB Harry Potter ni bapak mahal2 belaka..dah la mahal..dalam pound lak tu..haduhhh...

So..tepat jam 11am..tour bermula..ke-excitedan aku mendorong kepada memakai kostum Gryffindor disini...hihihi! Aku sarungkan Gryffindor school robe dengan muffler..konon back to Hogwarts school.. haha....cam lawak pun hado :P

Decoration kat studio ni ikut musim..time bulan pertengahan November ni dorang buat persiapan krismas so decoration kat The Great Hall tu dihias sempena perayaan krismas manakala Hogwarts time ni dipanggil Hogwarts in snow pada bulan November dan Disember ni..

And the tour begin...




Almari dibawah tangga - inilah almari penyapu yang menjadi tempat tidur Harry Potter sebelum beliau menjejakkan kaki ke Hogwarts dan sentiasa mendapat layanan buruk oleh pakcik & makciknya serta sepupunya Dursley. - Harry Potter and the Soccerer Stone

Kesian kan..hmm..

Kami diberi sedikit ringkasan mengenai pengarang buku Harry Potter yang mendapat tempat dihati jutaan peminat tegar ni iaitu J.K Rowling serta asal usul penerbitan Harry Potter 

Kemudian semua pengunjung dibawa ke suatu tempat seakan panggung wayang dan kat situ kitorang tonton pulak video disebalik watak2 utama tu dan pembikinan filem ini. Bila habis je si Danial, Rupert & Emma bercerita berceloteh, tirai panggung dinaikkan maka tersergam pintu besar The Great Hall yang merupakan dewan makan dan upacara di sekolah Hogwarts.


Pelajar2 Hogwarts dibahagikan kepada 4 pasukan iaitu Gryffindor, Ravenclaw, Hufflepuff dan Slytherin. So..asrama, meja makan, kelas, sume ikut kumpulan 


 Ravenclaw


 Gryffindor


 Hufflepuff


 Slytherin


 Replica Professor Dumbledore sedang memberi ucapan dan Proffesor McGonagall


Meja makan guru - Replica Proffesor Flitwick, Proffesor Moody & Proffesor Trelawney




Kemudian, keluar dari The Great Hall..kat situ pulak ditempatkan pelbagai set penggambaran sebenar dalam filem Harry Potter, kostum2 yg digunakan semasa penggambaran filem, mekap, props, furniture, dll..

 Costume para wira trio triwizard tournament dan pasangan menari mereka dalam siri Harry Potter and the Goblet of Fire


 Dress robe Ron Weasley untuk majlis tari menari para wira Triotriwizard tournament

 Rambut palsu kerinting tu milik Bellatrix Lestrange


 4 pasang pakaian yang sama Harry Potter tapi berlainan keadaan dari yang biasa hinggalah part koyak rabak tak silap aku dalam filem part Harry Potter and Deathly Hallows manakala pakaian wanita disebelah tu costume seragam sekolah Beauxbaton dalam siri Goblet of Fire


 Hogwarts main entrance


Siling ni digunakan untuk scene2 yang ada menunjukkan bahagian siling sekolah 

 Potret fat lady - potret yg terletak dipintu masuk asrama Gryffindor untuk bertanyakan kata laluan sebelum membenarkan pelajar masuk


 Gryffindor common room - tempat pelajar2 Gryffindor berkumpul atau berehat


 siap dengan perhiasan krismas..

 tangga ke boys dormitory









 Patung batu Gargoyle - password untuk ke pejabat Dumbledore






pensive - bekas untuk melihat kenangan sesorang

Trio triwizard tournament cup dan telur naga emas

Potion classroom dan replica Proffesor Snape


 meja kerja


 simpanan ramuan2 untuk pembuatan potion


 dapur rumah Weasley - The Burrow


 Rumah ahli sihir yang semua kerja2 menggunakan magic - benang kait sendiri menggunakan peralatan elektronik dan mekanikal 



The Weasley clock




 Para death eater di ruang tamu rumah Malfoy dalam Harry Potter and Deathly Hallows


 Penyeksaan Voldemort untuk santapan si ular Nagini terhadap guru mata pelajaran Muggle, Proffesor Burbage dalam siri Deathly Hallows




 Pejabat Proffesor Umbridge dalam siri Harry Potter and the order of phoenix


 Atrium Ministry of Magic


Pintu masuk The chamber of secret. Pintu ini bergerak menggunakan motor yang tersembunyi dibelakang pintu

Budak2 ni diajar cara menggunakan sihir dgn tongkat sakti

Disini juga ada diterangkan teknik visual dan sound effect, pembuatan salji tiruan yang terasa dingin seakan salji sebenar..api buatan yang nampak real tapi tak panas..




Kami pula ke The green screen hall,..dimana teknik visual effect dilakukan berlatar belakangkan warna hijau yang membolehkan latar belakang hijau itu ditukar2 dengan pelbagai set latar belakang yang menggunakan teknik komputer. Kamera adalah dilarang sama sekali sewaktu berada di sini. Kami dibenarkan mencuba visual effect ini dan membawa pulang gambar atau video sebagai souvenir dengan harga 20pound!


 Beginilah watak2 dalam Harry Potter terbang menggunakan penyapu terbang


Dan beginilah hasilnya.. :)

Kemudian kami dibawa ke bahagian outdoor scene yang menempatkan set perkarangan rumah keluarga Dursley - Private Drive, makam keluarga Riddle, rumah Sirius Black, dan kenderaan2 aneh yang menggunakan kuasa ajaib seperti Bus Knight, Motorsikal Sirius, dan kereta terbang Ford Anglia lama milik Encik Weasley.
Kat sini jugak ada gerai menjual makanan dan minuman Butter Beer yang popular di Hogsmead, tempat Harry Potter dan pelajar Hogwarts berkunjung untuk minum.



Butter beer ni adalah minuman tanpa alkohol dan bukannya arak..kalau dalam cerita Harry Potter, minuman ni sesuai untuk budak2 bawah umur kerana ia tak mengandungi alkohol yang memabukkan dan untuk menghangatkan badan. Fungsi menghangatkan badan ni dalam cerita magic ni je..yg sebenarnya tak  memberi rasa hangat pun

So aku tak ketinggalan juga untuk merasanya.. Harganya pulak kalau cawan biasa cam cawan plastik kita beli air RM1 kat pasar malam tu 5pound tak silap manakala cawan yang boleh dibawa pulang sebagai cenderahati berharga 7pound satu. So aku pilih yang harga 7pound tu..boleh bawa balik mug butterbeer tu sebagai cenderahati :)




Ermm..rasanya macam air rootbeer float a&w topping taruk airkrim vanilla :)

 Rumah keluarga Dursley, No.4 Private Drive, The Little Whinging


Dursley! open up! I need to speak to Harry! :D



 Hogwarts in snow

Tripple decker Knight bus 

Bahagian dalam knight bus

Hogwarts bridge..kalau tengok dalam filem panjang dan tinggi bridge ni..tapi rupanya..tu dia..haha




Rumah keluarga Sirius Black, No.12 Grimmauld place

Then aku masuk ke bahagian Creature effect department. Kat sini ditunjukkan lebih 200 model2 watak makhluk ajaib dalam dunia Harry Potter seperti kumpulan Goblin, elf-elf rumah, labah2 gergasi aragog, buckbeak, tumbuhan2 ajaib dan bermacam lagi. 

 Griphook, the goblin


Goblins

 Tumbuhan mandrake - ada ditunjukan bagaimana makhluk ni bergerak


 Buku Monster monster

 Model Hermoine sewaktu menjadi tebusan masyarakat duyung dalam tugasan kedua Harry Potter dalam siri Goblet of fire


 Dobby, the house elf


 Buckbeak, the hippogryff


 Aragog

Grawp

Then akhir sekali aku ke Art & graphic department dimana team art disini merekabentuk set & props seperti yang digambarkan dalam siri Harry Potter termasuk 1:24 skala nisbah model Hogwarts yang digunakan untuk shooting bahagian luaran sekolah Hogwarts.









Sampai ke set yang paling aku suka..Diagon Alley! Diagon alley dalam siri Harry Potter merupakan tempat jualan barang2 ahli sihir. Disini juga menempatkan kedai2 jualan barangan sekolah sihir Hogwarts seperti buku, uniform sekolah, penyapu terbang, tongkat sihir dan bermacam lagi termasuklah bank ahli sihir Gringotts yang dikendalikan oleh goblins.

 Satu2nya kedai ganjil & ceria tu, milik adik beradik kembar Weasley :)

 Gringotts bank


 Ollivander wand shop


 Madam Malkins school uniform suppliers


 Flourish & Blotts book shop


Weasleys' Wizard Wheezes






Eeylops Owl Emporium

The wand room

Tour selama 3jam ini berakhir di Harry Potter souvenir shop. So bolehlah membeli belah disini sebagai cenderahati untuk dibawak pulang sebagai kenang-kenangan.. :)

Shutter bus menunngu diluar dan terus membawa aku ke Watford Juntion untuk kembali pulang ke London..