Saturday 9 March 2013

Collagen Crystal Eye Mask (Gold powder)

Hi Lovies,

Jom review produk!. Entry kali ni aku nak review produk penjagaan bawah mata. Mata merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagi kita. Oleh itu jagalah mata kita agar sihat, kelihatan cantik bersinar. Yelaa...dari mata turun ke hati...tak gitu..;)
Ada juga antara kita yang kurang peka terhadap penjagaan mata nih. Tu yang dok mengeluh mata sembab..letih..dan yang paling common lingkaran gelap di bawah mata. Yang tu memang membimbangkan sebab dah macam mata panda pulak kan. Panda tu dah memang semulajadi mata dia cenggitu..so comel la dia...kalau mata kita ada lingkaran gelap...rupanya mcm ni la plak...



Tak nak la camni kan? Adala..sorang kenalan yang mempunyai masalah dark circles ni..masa tu dia datang kerumah sorg kawan aku...sekali kakak kawan aku tu rabun...kakak dia bertanya la pada kawan yg datang kerumah tu...kenapa malam2 pakai spek itam?? hahah...ni kes parah ni!

Kita seringkali rasa letih bila seharian sibuk di tempat kerja..lagi2 dok mengadap komputer sehari suntuk..tak cukup tidur lagi...terlebih tidur pun bole jadi sebab mata sembab..perkara2 begini juga cenderung utk menghadapi masalah2 dark circles atau eye bags ni.

Aku sarankan...korang dapatkan tidur yang secukupnya, minum byk air kosong, kurangkan makanan yg pedas dan berempah kerana ada sumber yg mengatakan ia boleh mengundang eye bags dan selain itu.....lakukan perawatan mata!

Disini aku sarankan korang cuba Collagen Crystal Eye Mask, masker mata yang bagus untuk merawat kesembapan mata, lingkaran gelap dibawah mata, dan dengan plant collagen yang mampu mencegah kedutan di bawah mata.



 Kelebihan2 Collagen Crystal Eye Mask:-
- Membekalkan suppliment collagen protein kepada kawasan sekitar mata.
- menjadikan mata dan kawasan sekeliling mata anda sihat dan segar.
- Menjadikan kulit sekitar mata lembap dan tegang.
- Membantu mengurangkan garis2 halus di bawah mata.
- Membantu mengurangkan kesembapan mata @ eye-bag.
- membantu mengurangkan kesan hitam di bawah mata.
- Menjadikan mata dah kulit di sekitar mata sihat dan segar.


Ia macam gel mask dan aku suka dengan rasa sejuk yang menyegarkan mata bila menggunakannya. Gel mask ini akan diserap oleh kulit dan ia akan kering seperti sekeping kertas. 

Macam ni cara pakainya....



1) Cuci Muka
2) Buka Pek Golden Collagen Crystal Eye Bag Mask, ambil eye mask dan lekatkan di bawah mata.   

    Pastikan ia melekap dengan baik.
3) Pakai selama 20 -30 minit atau pakai semasa hendak tidur (Tidak lebih dari 12 jam)
4) Tanggalkan dan buang selepas itu (tidak boleh digunakan semula)
5) Tak perlu cuci selepas guna.

6) Boleh digunakan 2/3 kali seminggu mengikut keperluan. 

Masker mata ni juga dapat melembapkan kulit dibawah mata. Memang fresh dan segar je rasa... ;)

Untuk efek sejuk pada masker ni.. simpan di tempat yg dingin... Kalau berminat..pm kat sashaizumi09@gmail.com laju2! ^^

No comments :

Post a Comment