Friday 5 September 2014

Menawan Tembok Besar China di Beijing (Part 2)

Bismillahirrahmanirrahim...

Tengah ada mood ni kan..baik aku sambung balik cerita Beijing yang tak habis haritu sebelum mood hilang balik sehingga tahun depan :P

Dimana kita ye...
Ok! masuk hari kedua.(.oh ye! sebelum tu aku nak bagitau..kitorang cuma ada 3 hari full atas tanah je kat Beijing ni. So jadual sangat2 pack.)
Setelah kitorang dapat rest secukupnya..kitorang bangun pagi tu dengan semangat yang berkobar2 sebab nak panjat tembok besar China!! Yeahh!! \(^^)/
Ni lah tujuan sebenar aku nak ke Beijing...menjejak antara 7 wonders in the world! cewah! :p

Lepas breakfast macam biasa...roti..kitorang pergi dapatkan Chun yang memang dah sedia menanti kat dalam van..of kos dia punctual..sebab dia tidur dalam van tu je sepanjang kitorang kat sini...

Suhu pagi tu agak sejuk dan nyaman...dan perjalanan dari hotel Jin Jian Fu Yuan ke great wall mengambil masa lebih kurang 2jam jugak la..tapi kitorang tak dibawak terus ke Great Wall..





Tempat pertama yang dilawati haritu ialah gedung jed Jin Shi Wei..Alamak...tempat wajib..bagi aku yang tak berapa berkenan pada perhiasan jed ni..pada aku buang masa je..hihihi...kaki aku dah menggeletar sangat nak menawan Great Wall nih!
So seperti biasa, group kitorang akan dijaga oleh seorang salesgirl dan kitorang diberi penerangan mengenai batu2 jed...pembuatan....dan gred2 jed tersebut.



Perhiasan2 batu jed ni terbahagi kepada Gred A..Gred B dan Gred C..gred perhiasan jed yang paling tinggi adalah Gred A kerana ia bersifat natural/asli..takde campuran dan takde pewarna tambahan. Bunyi dentingannya pun lebih nyaring dan harganya pun boleh tahan mahal dan ada certificate...!

Tak kenal maka tak cinta...bila aku dah tengok jed2 ni betul2..rasa kagum jugak la..














Jed ni sangat baik untuk pelancaran darah..dan yang ni dijadikan sebagai bantal bagi membantu mendapatkan tidur yang berkualiti dan melancarkan peredaran darah di kepala..sangat elok untuk pesakit insomnia. Harga aku lupa... :)






Errmmm...dalam pada kata tak berkenan tu kan...tetibe jadi berkenan la pulak...hihihi...

Aku bukan peminat nak pakai2 bangle ni..tapi..jed ni..bila kena dengan saiz pergelangan tangan, sungguh selesa memakai dan tak mengganggu kerja pun..! Gelang jed ni tak boleh ditanggalkan begitu aje..kena guna sabun atau plastik, lembut2kan tangan baru lah bole pakai atau tanggalkannya :)
Oppss! takde la aku membeli dengan harga di atas tu..boleh ditawar lagi.. :)



Sampai sekarang aku masih pakai gelang jed ni..tak pernah bukak walaupun melakukan tugas didapur.. membasuh..menyental bagai...tahan dan tak calar sikit pun :) 

Agak lama kitorang kat kedai jed ni..sampaikan dah makin sesak dengan tourist, kitorang dibawak pula ke kedai barangan kristal yang dekat2 situ jugak.
Seperti biasa..juga diberi sedikit penerangan terlebih dahulu,..tapi kali ni melalui tontonan video yang ditonton bersama2  serombongan tourist group Cik Kiah dari Malaysia.

Dorang pun ada lah buat demo2 sikit mengenai cermin mata yang diperbuat dari kristal ni.. pembalikan cahaya kristal ni lebih baik dari cermin mata biasa kerana ia mengurangkan silau dan menambah kualiti penglihatan..tapi kalau yang power spek tinggi ni tak boleh la pakai sebab tebal..
Dorang pun tunjukkan demo dengan menggerudi cermin mata tersebut...memang langsung tak calar sikit pun..apetah lagi pecah..


Antara perhiasan2 yang diperbuat daripada kristal






Kat sini aku dah melebur jugak pada sunglases yang cerminnya diperbuat dari kristal ni..kalau barang2 perhiasan kristal tu dah biasa sangat kan..


Tapi...sunglases aku ni dengan tak disangka2...terjatuh lalu pecah masa aku pakai time bercuti kat Melbourne...uhuk3!! Dia tahan dengan mata gerudi je la kot...

Waktu nak merangkak ke tengahari, so kitorang pun dibawak untuk makan tengahari di Restoran Jindian.
Restoran tu menghala ke Great Wall dan aku rasa memang restoran untuk tour2 guide yang bawak tourist ni sebab tour2 bas kat gedung jade tadi pun berderet2 datang kesini untuk makan.




Selesai makan tengahari, solat dan apa yang patut..kitorang pergi tengok2 barangan jualan dan cenderahati di kedai tingkat bawah restoran tu..tengok je..tak beli pun.. sebab Chun cakap nanti dia bawak di toko yang lebih murah..yelatu..kedai wajib untuk komisen kau jugak nanti..haha!










Topi hantu cina lompat2 :P

Kemudian..kami mula bertolak ke The Great Wall of China! Yeahhh!! \(^^)/
Great Wall ni ada 3 pintu masuk iaitu Badaling, Mutianyu dan Jinshanling. Kami masuk melalui Badaling yang sememangnya popular dikalangan tourist. Mutianyu pula ada cable car, so takdela ketaq2 lutut macam kitorang nanti, manakala Jinshanling adalah pintu masuk yang agak jauh dan tak sesak dengan orang.

Masa kat pintu masuk tu..ada photoshoot dengan memakai kostum2 diraja cina. Kalau nak..bayo je 50yuan untuk sekeping gambar termasuk sewa kostum tu sekali..haa pilih je kostum apa nak pakai.. kalau nak certificate yang kononnya satu penghargaan sebab korang dah berjaya menawan Great Wall tu..tambah lagi dalam 20yuan.. 

 Yang ni maharaja lawak!! tak ganas langsung! hahahaha!! musuh pun tak sampai hati nak bunuh ni :p


Dah nak buat filem pulak ke ni.. :D


Kau kunci cintaku di tembok besar itu.. Ni antara pasangan yg menguncikan cinta mereka di tembok besar China..cintaku seteguh tembok besar China la gamaknya kot..

 Makin lama makin mencuar tinggi...!! chaiyok! chaiyok! Jangan toleh belakang..!


Tangga Great Wall ni tak sekata..ada lebar ada tak..so berhati2 bila memijak. Kalau berguling kebawah tu..emm..macam tak boleh nak stop je...Ada jugak aku tengok yang naik pakai high heels...gigih tol! Aku tengok, aku yang terasa sakit kaki..


 Hahaha!! dah pancit!! kembang kempis idung kitorang nak sedut udara tau...fuuu! mengah!


Kesian yang kat belakang tu..penat! Yang pakai spek itam belakang tu silap2 tengah tido tu.. :P

 Bila aku mendongak...mak aii tinggi lagi nak sampai check point tu!! Tapi yang gayat cam aku.. jangan pandang belakang!



Bak kata mat saleh.."You're not a hero until you've been to the Great Wall"

Disajikan dengan panorama indah dari puncak tembok besar China ini...Subhanallah..! Dapat jugak aku menjejakkan kaki ke tembok besar China yang berusia ribuan tahun ini..







 Kanak2 riang









Hari dah semakin lewat petang, kitorang pun dah tak larat nak mendaki lagi...Kata Chun, makan tahun jugaklah kalau nak sampai kepenghujung Great Wall ni..itu pun tah bole idup ke tak..hee..

Bila turun tu..ketaq2 lutut..kene berpaut..hahaha!! tak fit ni! 

Makcik ni berceloteh dalam bahasa latin sambil merakam video..nak masuk dalam youtube katanya..

Sampai dibawah..Chun bawak kitorang singgah di kedai2 menjual koyok herba tradisional dan ubat2 sapu.. 
Kat sini pun kitorang diberi penerangan mengenai produk dan dorang ada bagi sample2 untuk dicuba...haa eloklah tu...dengan sample tu lah kitorang guna buat tampal & sapu pada betis yang dah tegang2 tadi tu! :D

Kemudian perut pun dah lapar..so kitorang pergi makan malam dulu sebelum bertolak untuk menyaksikan theater kungfu shaolin.






Riang betul deme nih


Mulanya aku ingatkan patung.. rupanya orang betul..!boleh pulak dia tak sengih ke..kenyit ke masa aku dok renung betul2 nak pastikan orang ke patung..huhu! tabahnya dia dok terpaku kat situ lama2..




Aku pun taktau theater kungfu ni ada dalam itinerary..apa2 pun..segala tiket & entrance fee semua dah include dalam tour..so.. layan..



Theater musical kungfu ni boleh tahan jugak.. dengan penataan cahaya bunyi.. asap.. effect.. equipment.. terbang2 (wajib dalam citer kungfu) menjadikan persembahan sungguh bertenaga. Pelakon2 ni juga menunjukkan kekebalan mereka. Ada yang boleh baring, lompat2 diatas mata2 pedang..ish!
Disebabkan camera tidak dibenarkan..aku cuma sempat snap masa theater baru berlangsung dan tamat je..huhuh








Sesi bergambar dengan pelakon2 theater


Hari dah lewat malam..so kitorang dihantar balik ke hotel... Esok pagi kitorang nak cek out dah..tapi disebabkan flight kitorang pukul 2pagi esoknya.. kitorang ada 1 hari full lagi untuk berjalan2...
Esok malam dah nak balik tapi kitorang masih tak dapat shopping sakan lagi!! Sebijik souvenir pun aku tak beli lagi..apetah lagi tshirt. Huhuh! Pandai dorang ni..dibawaknya kitorang perabis kat kedai2 wajib dulu.

Malam tu..kitorang pakat2 sama sendiri, nak pegi mandi air panas kat pool hotel tu. Tengok gambar pool tu kemain lawa..mewah macam spa..siap ada urutan kaki..haa eloklah tu..bleh urut2 kaki yang dah tegang2 dok naik turun Great Wall tadi ! Ada jugak aktiviti sebelum tidur kan...hee :)

Tapi...nasib baik lah..kitorang pergi tinjau2 dulu pool tu sebelum naik bilik gi tukar baju segala.. Pool tu ada kat tingkat 3 tak silap..nak masuk ke pool tu..ada pintu and ada cashier pulak...eh! betul ke ni..tak silap level ke..?? tengok signboard..betul laa... tapi..kalau nak masuk..hambek ko...bak mari 130yuan sorang...urut kaki lain cas! Halamak...! bukan pool2 kat hotel ni salunye free je ke..? Patut lawa semacam! Disebabkan kitorang rasa tak berbaloi bayar..takde lah kitorang masuk..

Nasib baik la kan kitorang datang tinjau dulu...kalau datang bergonong2 memasing dengan pelampung itik nyee.. goggle siap..tuala atau yang lelaki ni siap swim trunk bagai..pastu tak jadi pulak masuk...kan ke malu..hahahah! naya! 

Esok pagi...after brekfast dan check out..Chun nak bawak pergi minum teh! Aku yeye la ingat pergi breakfast ke..rupanya..dia bawak pergi kedai jual pelbagai jenis teh!

As usual..kitorang diberi penerangan mengenai jenis2 teh...dan kebaikannya. Amoi tu bagi kitorang sorang satu cawan teh cina yang macam mangkuk kecil tu untuk mencuba semua jenis teh2 mereka. Ada teh jasmine.. mint.. macam2 lah..yang rupa macam taik lembu pun ade! Yang tu yang paling mahal plak tu..



Kitorang juga diajar cara pegang cawan teh tu..orang pompuan kena lentikkan jari kelingking masa nak minum..aku tak ingat lak pasal ape..tapi kita perasan gak kalau dalam drama2 istana cina...maharani2 istana minum cenggitu.. Dan minum dengan bunyi slurrpp! tulah yang menambahkan lagi rasa dan nikmat teh tersebut...ooo patutlah...





Mulanya aku ingat nak beli salah satu teh ni...tapi tak jadi sebab harganya mahal jugaklah..malah ada yang beratus2 ringgit !! Mak aii..aku minum teh lipton atau teh sabah jela kat Malaysia nanti...

Maybe kalau kita diberi pilihan mencarinya dimana2 kedai selain yang satu ni...mungkin boleh dapat lebih murah..



So..lepas minum kesemua teh tu...(tak best takde cekodok sekali).. kitorang sengih2 kat amoi tu then terus cabutt! hehehehe...

Keluar je dari situ..Chun & assistant dia takde..tapi van ada.. dorang tak bajet kitorang cabut seawal tu kot..haha! so kitorang jalan2 je disekitar..



Kat sini basikal dorang pelik2 dan kebanyakannya bermotor...





 Bas dorang pulak panjang sangat...macam dua bas dijadikan satu...
 Aku cakap pasal bas belakang tu la!



Aso jual barang ni dari tadi follow je mana kitorang pergi. Kata taknak pun dia tetap follow jugak...haih..

Tak lama lepastu..Chun muncul..dia pergi breakfast rupanya... aso tadi tak putus asa menjual barangnya kat kitorang...follow sampai ke van...makin lama makin murah dia bagi...murah sangat2! so kitorang pun borong la untuk souvenir balik nanti..kesian kat dia pun ada juga.. Moralnya..janganlah berputus asa macam aso ni..huhuhu!

Destinasi kedua haritu...kitorang ke Stadium Olympik Beijing atau dipanggil stadium bird nest disebabkan bentuknya yang menyerupai sarang burung.

Kat sini pun ada entrance fee..tapi aku taktau berapa..sebab dah include sekali dalam tour..




Stadium ni pernah menjadi kebanggan rakyat Beijing kerana pernah menjadi tuan rumah untuk acara sukan olympik pada tahun 2008. Bila malam...stadium ni cantik berlampu..so kitorang ajak Chun datang lagi malam ni :)



Sementara tu.. Chun bawak kitorang ke kedai barangan mutiara pulak...kedai tu tak jauh dari stadium ni...
Macam biasa jugak lah..kitorang dibawak masuk ke satu bilik untuk dengar dorang bagi pengenalan dan penerangan produk..


 Ni mutiara yang biasa tu.. mutiara air tawar kot..alahh kat Sabah pun banyak mutiara ni

Selain mutiara ni dijadikan barang2 perhiasan wanita, serbuk mutiara juga boleh dijadikan campuran bahan2 kosmetik dan supplimen kerana elok untuk kecantikan kulit.


 Mutiara pun ada grednya...gred yang paling tinggi dan mahal sehingga mencecah ribuan ringgit adalah mutiara yang berwarna kuning sebab mutiara ni mutiara laut dalam dan sukar diperolehi..

Lepas kitorang dibagi sedikit pengenalan tu...masuk pulak sorang amoi yang memperkenalkan diri dia Jenny (tak silap aku) sebagai anak perempuan tokeh gedung ni yang kebetulan berada disini..

Celoteh punya celoteh...dia ajak kitorang masuk bilik untuk tunjuk mutiara termahal tu..






Ni la amoi yang kata anak bos tu.. sangat2 mesra orangnya,..biasalah...nak tawan hati pelanggan.. ! (^^)v

Lepas tu dia bawak pulak kitorang masuk kat sebuah bilik yang lain.. dimana beberapa staff dia dah menunggu di kaunter2 pameran barang kemas mutiara dan jed disitu..

Mahal giler2 kentang harga dorang bubuh berbanding kat gedung jed semalam..tapi jangan risau..dapat tawar baekk punya hehe.. kat sini dorang boleh bagi dalam 600-1000yuan je.. murah jugak la kan!


Rantai tangan mutiara air tawar dan batu swarovki yang berharga 2280yuan seutas!! atau duit kita..RM1k lebih ! Kata Jenny.. sebab kita dah jadi bestfriend, dia nak bagi best price kat kitorang...tapi jangan bagitau bapak dia katanya... (macamlah aku kenal bapak kau..)

Dari harga 2280yuan tu..dia nak bagi 300yuan sahaja atau lebih kurang RM150+ duit kita..sambil jenguk2 kat luar takut bapak dia ada dekat2 situ kot...staff dia yang lain buat2 terkejut...!

Mula aku pun ikut terkejut sama...giler ke ape kau ni Jenny! apsal tak bagi free je! dan kitorang mula berminat jugaklah dengan diskaun kaw2 giler tu! Tapi...bila aku dah belek2 rantai tangan tu..aku tengok kat KL pun melambak rantai tangan mutiara macam ni dengan harga yang lebih kurang RM150 tu..malah kat Sabah kalau betul tawar dapat jauh lebih murah! So..ehm..rasa macam gimik je sebenarnya tu...aku dah jadi tak berminat..

Aku taktau lah nak cakap ni menipu ke ape namanya.. tapi harga rantai tangan tu memang bukan 2280yuan.. harga yang betulnya memang pun 300yuan atau selayaknya RM150+ tu.. cuma gimik bubuh harga tinggi kat tag..bagi diskaun kaw2..so orang akan teruja dengan menyangka nilai sebenar barang tu 2280yuan...dah jadi lumrah kita kan..kalau diskaun kaw2 dari harga sebenar..mesti kita akan grab tanpa pikir panjang! Strategi marketing yang bijak. Kalau orang taktau nilai sebenar mutiara tu.. mesti dah kelabu mata dengan harga murah yang ditawarkan. 

Aku ada search pasal kedai ni masa dah balik Malaysia...hmm...rata2 pengalaman dan jalan cerita tourist2 lain kat kedai ni sama je dengan kitorang..cerita kebetulan anak tokeh ada disini..masuk jumpa tourist..bagi harga murah..buat2 terkejut..sama je! tapi versi anak tokeh tu bertukar2..ada yang ngaku anak lelaki bos yang kebetulan datang melawat kedai bapak dia pulak.. yang kebetulan cuti semester la.. so betullah tekaan aku..gimik je semua tu...! pandai na depa berlakon..esp staff yang buat2 muka terkejut tu...tah ye tah tak Jenny tu anak tokeh.. 

Si Chun masa tu pun dah keluar masuk keluar masuk dengan buat muka ketat kat Jenny seolah2 mintak Jenny lepaskan kitorang.. untuk ambik sikit hati Jenny, kitorang shopping sikit jugak kat sini.. Dah tau nilai barangan tersebut, try mintak harga yg sepatutnya atau tak payah beli langsung! hee~ ..so takdelah rasa ditipu membeli barang murah dengan harga yg mahal kan..Tapi dia tak bagi pulak diskaun hebat kat mutiara kuning tadi...

And then..barulah Chun bawak kitorang shopping barang2 souvenir murah katanya...

Kedai souvenir tu kecik dan agak terpencil...disitu banyak la souvenir2..tshirt.. alas meja.. cadar.. selimut.. toys..macam2 gak la.. 
Harga tshirt RM20-RM25 tak boleh kurang! huh! yang lain2 tu boleh la kurang sikit...sikit jew.. so kitorang pun memborong kat sini.. dari fridge magnet..model Great Wall, tshirt..sampai lah ke alas meja dan selimut ! :) toys untuk budak2 pun tak lupa..kereta remote control rechargeable yang besar2..murah2.. pun ada.. ehm..sampai buang kotak la kitorang nak hangkut balik..huhu !

Haih...shopping punya pasal kan...aku lupa langsung nak snap picture kat situ...hihihi :P

Tak lama lepas tu..bas2 tourist yang berduyun2 kat gedung jed tadi tu pun sampai sini jugak...

Aku mintakkk jugak kat Chun bawak kitorang kat market sekarang!! So Chun pun menurut jugak lah..tapi dengan satu syarat..ada satu kedai lagi yang belum kita pergi...disebabkan dia cakap arahan pemerintah tu..so follow jugaklah... 

Sampai je di kedai yang macam kedai menjual barangan RM2 kat Malaysia je aku tengok..seperti biasa..kitorang dibawak masuk ke satu bilik untuk berdemo.. 


Barang2 tu melambak kat Malaysia ni..(Malaysia kan banyak barang2 murah dari China) ubat gigi..stoking yang berkesan menyerap peluh.. pencuci kereta.. shawl serba guna.. macam2 lah! tapi harga kat situ 2-3 kali ganda dari harga kat Malaysia...ehmm..so lepas je dorang habis celoteh...kitorang disuruh ke kedai untuk tengok2 barang.. kitorang tengok gitu2 je then terus cabott! ..hehehe...

Akhirnya...Chun bawak kitorang kat tempat shopping yang macam kat GM atau Sungei Wang plaza tu.. 
Kalau tengok dari nama signboardnya..Yashow Clothing & Market.






Kat sini ada macam2..! Aku borong winter clothes & jacket (of kos jauh lebih murah dari beli kat Malaysia..kualiti pun sama je malah lebih baik dengan harga yg murah) baju2 branded budak..mungkin immitation sebab boleh dapat dengan harga murah..tapi sangat berkualiti dan puas hati! :)
Tshirt pun boleh dapat tawar lagi murah berbanding dengan kedai yang Chun bawak tadi...huh!!

Actually harga yang dorang taruk tak murah pun..mengarut pun ada..mungkin yang bertanya ni tourist..harga under my expectation..aku sangka of kos kat China jauh lebih murah dari Malaysia..tapi dorang bagi harga lebih mahal pulak dari kat Malaysia..so..korang kene tawar sampai dapat harga jauh lebih murah dari harga kat Malaysia tu :)

Aku suke shopping kat sini sebab boleh tawar kaw2 punya..! Harga yang dorang letak memang mengarut je semua... so cubalah tawar at least 60%..tapi yang bestnya rata2 aku boleh dapat sampai 90% dari harga yang dorang letak. Down jaket branded dan kualiti tiptop yg isi dalamnya feather (bau pun macam bau feather quilt comforter Ikea huhu) pun boleh dapat RM100+. Hati kene kering and tahan maki..haha! tawarlah dengan baik..dan bahasa tu jaga.. jangan sombong.. Dorang ni pun sama aggresif macam peniaga2 kat petaling street..kalau dorang dah setuju dengan harga yang kita nak..ambik..jangan tak ambik pulak...berbakul2 kene maki kang.



Dah berabis kat sini...Chun bawak kitorang pergi ke stadium Olympik Beijing tu balik. Saje nak tengok stadium tu in night view pulak..




 Yang berlapu biru tu The water cube Beijing yang terletak berdekatan dengan stadium - disitu adalah pusat akuatik dan acara2 renang dijalankan..



 Ada jugak jualan2 dan taman untuk bersantai disekitar stadium






Lepas kitorang bergambar sakan beramai2 bersama Chun...kitorang dibawak ke sebuah restoran muslim untuk makan malam terakhir disini sebelum bertolak ke airport untuk pulang.. emm sedih! huhu


Sungguh pun kitorang tak lama kat Beijing ni..cuma 3 hari je..tapi banyak tempat jugak kitorang dapat pergi dan kompom letih sebab pack dengan aktiviti.. kitorang tak dapat pergi ke Summer Palace sebab tempat tu teramat jauh yang mungkin kena bertukar hotel dan waktu pun sangat suntuk.. (tapi elok jugak tak lama2 disini..yang penting kita pergi ke tempat2 attraction mcm Great Wall, forbidden city, masjid..kalau lama2 kat sini..banyak ke kedai wajib pulak yang akan dibawak nanti..hurmm)

Walaubagaimana pun..banyak benda yang kitorang dapat pelajari melalui budaya masyarakat disini.. dan yang penting pengalaman berharga selama kitorang kat sini.. :)

Ni first time kitorang travel ikut tour..sebabnya bukan saje murah..malah sangat berbaloi dari segi duit..masa..dan tenaga. So adalah jugak pros & cons nye.. 
Yang pros nye semua urusan kita serah kat agen & tour guide je..dari segi visa..transport.. penginapan.. makan.. segala bayaran masuk..just bawak duit shopping je kan.. tak payah pening2 search mana nak tuju.. search segala transport..hotel.. buat itinerary sendiri..banyak kerja tu! 

Tapi yang cons nye pulak..kita terikat dengan itinerary yang dorang tentukan..macam cth tempat2 yang nak dituju tu ikut perut dorang je la..takde pilihan sendiri..nak taknak..follow je.. Aku rasa tak perlu lama2 bercuti kat Beijing ni kalau ambik tour.. nanti makin banyak kedai mengarut yg akan dibawaknya..huhu


Ni pakej tour yang kitorang ambik, tapi hanya untuk 3 hari. Harga kat situ untuk group tour minimum 10orang atau lebih. Kitorang tak suka rombongan cik kiah ni, so kitorang ambik private tour untuk kami berenam je.. :)

*Beijing Part 1 klik sini

No comments :

Post a Comment