Monday 15 September 2014

Trip Jakarta-Bandung - Jalan2 sambil mencari persiapan kahwin :)

As-salam..

Syukur masih ada mood untuk menaip di blog yang dah setahun bersawang berhabuk bagai ni sampai banyak entry2 yang tergendala.. Lepas aku kawin November tahun lepas aku berhijrah ke Kota Kinabalu ikut husband aku yang bekerja disini..
Terima kasih pada yang sudi membaca blog yang tak seberapa ni..

Trip ke Jakarta-Bandung ni aku pergi bulan Ogos tahun lepas, beberapa hari selepas aku bertunang. Hehe...
Trip ni aku tak travel dengan kengkawan giler aku tu. Mulanya, aku plan nak pergi berdua je dengan mak aku..saje nak bawak dia pergi berjalan dan shopping.. !
So sementara airasia tengah buat promosi tiket murah, aku book la cepat2..selamber jela pergi berdua kan... Dah selesai booking, baru aku bagitau hal ni kepada bakal tunang aku masa tu.. (bertuah punya aku kan :p)
Memandangkan dia risau atau buat2 risau, dia pun nak follow untuk jaga aku & mak aku..alahh..mak mertua kamu juga nanti kan...hee

Nak jadikan cerita, bila dia pulak sampaikan hasratnya nak follow kitorang tu kat mak dia, mak dia pun nak follow jugak..haha ! Yelah, sambil makan angin, boleh kenal2 dengan bakal menantu dan behsan..
Lagi pun, mak aku & bakal mak mertua aku tu tak pernah bertemu sebelum ni..mana tak..aku & tunang pun baru je couple..
masa datang merisik merangkap datang beraya sekali tulah baru dorang 1st time bertemu kenal & diperkenalkan..aku pun baru berjumpa dengan dia 2@3 kali dan masa merisik tu jugaklah bakal mak mertua aku tu datang masuk meminang terus! sekali jalan ! heeeeee.... (#^^)





Tempoh bertunang aku pun tak lama, 3bulan je..so dikesempatan nak berjalan ke Bandung ni, boleh lah kitorang cari barang2 persiapan perkahwinan sambil kenal2 dengan lebih dekat lagi. :)

Penerbangan dari LCCT ke Soekarno Hatta Airport Jakarta terminal 3 mengambil masa lebih kurang dua jam. Lepas urusan immigresen dan ambik baggage, kitorang kena segera ke terminal 2 untuk menyambut bakal mak mertua aku tu yang datang dengan flight MAS.
Dari terminal 3 nak ke terminal 2 tu jauh rupanya, so nak kesana kenalah ambik shuttle bas yang disediakan. Itupun aku dapat info dari kaunter info. Shuttle bas nak ke terminal2 ni free je, tapi kadang2 drebar tu mintak tips..

Hampir 30minit perjalanan, barulah sampai ke terminal 2.. tapi bayang mak mertua aku pun tak nampak sedangkan flight dia sepatutnya dah tiba. Tunggu punya tunggu, lebih sejam jugaklah baru dia muncul dari arrival hall tu..katanya, ada delay sikit kat immigresen tadi.. so masa agak terbuang jugaklah.. tambah lagi masa untuk isi perut dulu..heee..



Bhgn luar Terminal 2 Soekarno Hatta International Airport menuju ke terminal bas

Mulanya ingat nak ambik keretapi ke Bandung, tapi stesen keretapi agak jauh dari airport tambahan pulak stesen bas kat sebelah airport tu je, so kitorang ambik keputusan naik bas je la ke Bandung. Oh ye..kenapa tak turun flight ke Bandung terus ye? sebab..masa tu airasia buat offer murah gila2 ke Jakarta..tiket untuk 2 orang return, cuma RM 200 je..hihihi berbanding tiket ke Bandung masa tu RM400++ jugak la untuk seorang pulak tu.. takpe, jauh perjalanan luas pemandangan (^^)


Terminal bas tu takde lah besar, kecik je...and ada beberapa kaunter2 meja yang menjual tiket..so kitorang bayar harga tiket dalam IDR 80,000 seorang dan akan dihantar sampai ke Hotel Kenangan di Bandung.
Actually kitorang bukanlah naik bas pun, naik van je..

Masa terbuang lagi dengan menunggu van yang akan tiba dalam masa 45minit lagi.., dah bayar baru bagitau kena tunggu 45minit ..
So sementara tu kitorang duduk berbual2 dulu, mak aku and mak sidia sedang rancak berbual berdua.. sesekali tu nak jugak aku curi2 dengar perbualan dorang berdua tu..mesti mak aku ada citer pasal aku nih ! haih..
Aku tak banyak bergambar selama kat sini, mungkin kekok sikit sebab ada bakal mak mertua bersama waktu tu...hihihi...

Perjalanan ke Bandung mengambil masa selama 3jam! fuuu...jauh juga ya pak ! Serupa naik train juga mengambil masa 3jam. Tapi..naik bas/teksi/kereta ni risikonya traffic jam laa..kalau jem.. mau 4-5jam sampai.. huru hara timing!
 Syukur pada waktu tu jalan tak jem di Jakarta. Van akan berhenti sekali selama lebih kurang 20-30minit untuk isi minyak dan berehat sekejap ke toilet atau apa yang patut..(barulah dia nak isik minyak!)

Nasib tak begitu baik pula bila sampai di Bandung. Jalan jem! hari pulak dah petang, banyak masa terbuang di atas jalan...haaa tula...sape suruh taknak naik keretapi je kan...lagi pun, hotel yang aku duduk tu 200 meter je dari stasiun keretapi Bandung..hihih! Menyesal jugaklah tak ambik train..

Dikhabarkan, Bandung dihujung minggu agak crowded dan macet (macet tu jalan jem dalam bahasa Indonesia) disebabkan ramai penduduk tempatan dari Jakarta dan dari pelbagai daerah turun ke Bandung untuk membeli belah dan bersantai dihujung minggu. Emm..rosak dah plan untuk haritu..

So kitorang dah tak banyak masa, mulanya plan haritu nak spent banyak masa di gedung membeli belah Pasar Baru sebab bakal mak mertua aku nak carik barang2 persiapan perkahwinan kat situ termasuk tempah kad kawin, tapi memandangkan hari dah lewat petang dan pasar baru tu pulak tutup awal,..lepas mandi, solat di hotel..kitorang sewa taxi petang tu untuk ke Bandung Factory Outlets je.

Factory outlets adalah syurga membeli belah terbesar di Bandung yang menempatkan pelbagai kedai2 jualan pakaian2 branded di sepanjang jalan2 di area Jalan Setiabudi, Jalan Riau, Dago District dan Cihampelas Area. Antaranya ialah Rumah Mode, Grande Fashion Gallery, Heritage dan bermacam2 lagi...jauh juga berjalan kaki dari kedai ke kedai yang lain sebab kebanyakan kedai2nya sebijik2.. Tapi sememangnya, aku tak sabar nak kesini !
Dalam perjalanan nak ke area factory outlets tu pun jalan jem jugak... hmm!




Pakaian branded di semua factory outlet ni memang murah2, tapi anehnya tak satu pun menangkap selera aku.. below my expectation..hee...Rasa aku la.. barangan branded ni immitation je la..bukan ori..hehe.. Lagipun, tak semua branded.. kalau ada yang ori pun, macam stok yang dah berzaman punya..

Tapi..kedai2 atau butik2nya memang cantik.. reka bentuk dan struktur bangunan kedai pun ala2 eropah gitu..




Kitorang spent time jela kat sini sampai kedai2 ni semua nak tutup dah..tapi satu barang pun aku tak beli..hehe..aneh ! dalam pada tu jugak, hujan turun selebatnya ! So kitorang panggil taxi datang jemput je la untuk balik ke hotel.. sekali lagi, aku tak banyak snap pict haritu, ape kene ntah ngan aku..masih kekok lagi agaknya.. ke malu2 huhuhu,,poyo !

Malam tu mak aku dah letih & dia nak tidur. So masa aku pun dah landing2 atas katil, tunang aku whatsapp ajak keluar pergi minum berdua..mak dia pun dah lena tidur dah..huhuhu (Pandai dia curik masa berdua2 eh.. :p )

Lepas bagitau mak aku yang kitorang nak keluar, aku ikut tunang aku tu keluar dari hotel, jalan kaki je pergi cafe berdekatan yang juga dah lengang..! cafe hotel pun dah tutup time tu..so malam tu kitorang spent time berdua je la..borak2 tanpa mak2 kitorang pasang telinga ! hahaha!

Esok pagi, kitorang breakfast kat cafe hotel and kitorang plan nak hire supir (drebar) untuk bawak kitorang gi jalan2 sepanjang hari tu. Kebetulan hotel tu ada sediakan pakej tour untuk ke Tangkuban perahu, kawah putih, Pasar baru, Factory outlet atau mana2 lah yang kitorang nak pergi. Bayar driver cuma dalam IDR400,000+ tak silap aku..tak begitu mahal untuk day tour haritu.

Lepas breakfast kitorang mintak driver bawak ke stesen keretapi Bandung dulu sebab nak beli tiket keretapi balik ke Jakarta pulak esok. Plannya 2malam di Bandung & 1 malam di Jakarta. Harga tiket dalam IDR 60,000 seorang (Bandung-Gambir). Murahkan..tak sampai RM20 pun..

Kemudian, kitorang terus ke Tangkuban Perahu yang terletak dibahagian utara Bandung dan perjalanan kesana makan masa dalam 1 jam jugak la..dan akan melalui jalan2 kampung yang berbukit2.

Sampai kat sana, cuaca agak sejuk sebab berada dikawasan tanah tinggi dan nak masuk kesini kena bayar dalam IDR 50,000 seorang.
Aku agak terpukau dengan pemandangan kat sini..Subhanallah!! Macam lukisan !! First time tengok kawah gunung berapi yang berasap dan bau sulfur semerbak kat area situ..kali ni hilang dah kekok@malu aku untuk bergambar sakan..hehehe !!



 Macam berlatar belakangkan lukisan kan? hee


peace! (^^)v













 My MIL

MIL aku yang snap pict ni.. :P







Kat sini ramai penjual2 souvenir yang tak berputus asa mengekori.. aku taknak beli sebab takut nanti kalau beli dengan yg sorang ni, ramai pulak nanti yang datang..dorang pun dengan baik hati jadi tour guide yang tolong bercerita pasal tempat ni atau nak tolong ambikkan gambar.. tapi hati2 lah, takut ada udang disebalik batu..



Aku tak pasti ape ketan bakar ni..





Kat Bandung ni kata orang jangan makan sembarangan..atau tak usah makan kat gerai2 / warung tepi jalan, takut sakit perut lak nanti alamatnya tak berjalan la jawapnya..
Makan je kat restoran2 besar, jangan takut dengan harga..takkan mahal macam makan kat KL :)

Tapi yang ni menarik perasaan ingin tau aku sbb dah 2-3kali aku nampak benda ni dijual disini.. takkan la minum air gunung berapi kan..

 Teh halia panas je rupanya, langsung takde bunyi teh halia kan..hehe




Yang ni kitorang nak try..rasa halianya memang mantap! podeh!! Terasa hidup badan..

Lepas ni siap la memasing keluar sulfur badan ! wap panas..hahaha!!

 Pokok2 yang mati mungkin kesan sulfur gunung berapi



Brader tu setia menunggu kitorang dari tadi..ehmm

Disebabkan kesian jugak, tunang aku bagi dia bbrp ringgit, tapi dia pulangkan balik. Hairan jugak..so aku beli lah sikit fridge magnet dengan dia..
Kata supir, kalau dihulur duit tanpa membeli mereka gak mau..sebab ada pemerhati disitu..tapi ada kes, orang tu tunggu balik di kereta sebab nak mintak balik duit yang dihulur tapi takmau tadi..huhu macam2!

Kitorang pakat taknak ke Kawah Putih tapi nak terus ke Pasar Baru sebab banyak benda yang perlu dicarik..tapi...nasib tak begitu baik lagi...jalan jem sangat2! masa terbuang diatas jalan! berjam2 nak sampai ke Pasar Baru..ehmm..



Naik kete kuda pun jem..



Mata kuda2 yg tarik kete kuda ni semuanya ditutup..

Dah lewat tengahari barulah kitorang sampai di Pasar Baru setelah menempuh jem yang sangat meletihkan..!


Tetap gunakan GIGI satu huhu..maksudnya gunakan gear satu :D


Untuk menjimatkan masa, yang cuma ada berapa jam je sebelum Pasar Baru tu tutup, kitorang mengupah orang yang akan guide kitorang dan tunjukkan jalan, so takdelah nanti tercari2 kedai atau tersesat, buang masa lagi nanti..upahnya dalam RM10 je so orang tu akan jadi guide kitorang sampai kitorang selesai shopping. Bagitau je pak guide tu nak ke toko kain ke, toko jilbab ke, toilet ke, dia akan bawak kesitu. Lagipun Pasar Baru agak besar dan bertingkat2, agak payah jugak la pada yang first time sampai.




Bila sampai kat kedai kain kat sini, standard la mak2...pantang tengok kain.. huhu..




Ape lagi..dorang memborong la kat sini walaupun raya dah sampai kepenghujung.. :D




Tapi takpe..kitorang dihidangkan dengan teh botol iaitu teh dalam botol kaca macam botol coca cola dolu2. Teh botol ni sememangnya popular kat Indonesia.




Dan juga getuk..aku mula tak pasti ape getuk ni.. bila rasanya macam ubi ketuk, ubi manis2 sikit..so aku rasa kompom ni ubi ketuk! nama pun getuk kan..tapi aku tak pasti apa yg special nye tu..hehe

Agenda borong memborong di beberapa kedai kat Pasar Baru ni berlanjutan sampai aku pun tak ketinggalan memborong kain2 pasang sulam butterfly sebab aku terpikat sangat dengan kaler2nya yang sweet2 tu..



 Sweet kan? :)




 Cantik sungguh bila dah menjadi baju :)




Antara kain2 pasang yang aku borong..sambil tu aku buat jual2 sikit kat kengkawan..hee :)


Mak mertua aku pun ada belikan sepasang kain untuk dijadikan hantaran nikah buat aku nanti..




Untuk agenda mencari pakaian pengantin, agak payah sikit la..sebab aku takde idea macamana rupa baju yang aku nak..apetah lagi beli kain yang belum bergunting dengan time2 yang limited ni..

Prada lace kat sini lawa2 & malatop!!..gedebak gedebuk..sepasang kain untuk dijadikan baju pengantin pun dah dalam RM400++ ! belum lagi kos tempah & tambah2 manik atau perhiasan2 pada baju tu nanti..lepas tu, pakai untuk sehari je..huhu..so aku kira2, pun no idea nak design baju, elok sewa baju je la nanti yang siap sekali dalam pakej andaman tu..haa..boleh pilih je baju yang mana berkenan..lagipun, design baju2 pengantin sekarang ni lawa2..ye tak? :)

Maka tak jadilah membeli kain untuk dijadikan baju pengantin,. balik Malaysia nanti carik je la pakej2 kahwin..hihihi... Kalau baju2 kawin yang da siap kat sini, aku tak begitu berkenan..heee (^^)v

Tapi..bakal mak mertua aku ajak singgah pulak kat satu kedai yang baju, gaun2 dan blouse2 disitu semuanya warna putih. Katanya nak pilih satu baju untuk aku pakai sewaktu akad nikah nanti..

PSSSTT....aku jenis tak cerewet..mana yang mak mertua berkenan, aku akan suka..(^^)v







Jubah putih dari Bandung dihari pernikahan. Not bad jugakkan? Thank you Mother in Law :)


Masa semakin suntuk dan kedai2 di Pasar Baru kebanyakannya dah mula nak tutup.. walaupun ramai pelancong esp dari Malaysia datang memborong disini, pukul 5pm da tutup!! apa daa tutup awal... :(
Nampaknya tak sempatlah nak menempah kad kahwin.. so tak jadi jugaklah mak mertua aku nak tempah kad. Mulanya ingat nak tempah time mula2 kitorang sampai kat Bandung ni, tapi..plan sume dah lari sebab banyak masa terbuang diatas jalan. Moralnya, jangan datang Bandung time weekends,..jalan sesak! melainkan korang ada banyak masa kat sini & datang kesini pagi2..Pasar Baru ni bukak pukul 9.00pagi.

So, lepas memborong yang sampai skip makan tengah hari tu.. barulah kitorang ingat nak makan.. lapaq baq hang!

Kitorang dibawak supir untuk mencuba nasi padang yang sememangnya terkenal disini bahkan di Malaysia.



Hambek kaw..! ni betul2 lapar ni! haha..

Actually staff kedai ni akan hidangkan segala lauk pauk yang dia ada..so mana yang berusik tu..atau mana yang kita makan tu la yang akan dikira nanti..

Memang puas makan! sedap dan kenyang..harga pun tak lah mahal :)




Lepas isi perut segala, kitorang ke Toko Tiga pulak. Toko Tiga ini adalah gedung jeans berjenama seperti Levis, Lois..dan sebagainya lah. So aku takkan lepaskan peluang membeli jean2 Levis yang murahh bangat berbanding butik2 Levis kat Malaysia tu.. Yang penting, ori! Ori ok..kat sini tak macam kebanyakan yang kat factory outlet.. Levis kat sini memang ori. Harga pulak dari RM60 hingga RM300++ ikut promosi..

Mak mertua aku pun shopping jeans Levis kat sini jugak.. kelass gitu..yang mak aku pulak tak pakai jeans... tak sesuai..hehe. Kat sini boleh alter panjang seluar, tapi extra cas dalam RM10-RM15 camtu..

Malam tu kitorang sambung shopping kat factory outlet je la, mano laie nak poie..

Esok pagi..lepas breakfast & check out, kitorang jalan kaki je ke stasiun keretapi Bandung yang terletak lebih kurang 200-300 meter je dari hotel.

Sebelum tu..kitorang berposing2 dulu sebagai kenangan.. :)



 Kenangan di Hotel Kenangan


 Stasiun Keretapi Bandung

















Kerusi penumpang ni boleh dipusingkan..terpulang lah kalau nak duduk menghadap penumpang dibelakang. Walaupun perjalan ke Jakarta mengambil masa selama 3jam, aku rasa agak selesa juga,..kerusi boleh dibaringkan sedikit dan yang penting..boleh cas henpon ! Kalau lapar, tak perlu menempuh gerabak2 yang berderet tu untuk ke kantin.. nanti ada staff yang datang ambik dan hantar order korang tu.



Bantal juga disediakan


Sewaktu keretapi meninggalkan Bandung, keretapi ni lalu dikawasan sawah padi dan bukit bukau. Pemandangannya Subhanallah indahnya!







 Banyak kali jugak la ketapi lalu di titian landasan yang tinggi dan selalunya membelok kat situ..kalau tergelincir camne la kan..ishh!!


Sewaktu ketapi membelok..Seram! Panjang jugak train ni







Seremm! tengok bayang ketapi tu meniti..risau je aku huhu

Ada sekali tu ketapi ni masuk terowong.. 'pilot' siap buat announcement mengenai terowong ketapi yang panjang tu..cayalah.. (y)

Ketapi ni tak silap aku tak berhenti2 di stesen2.. direct sampai stesen Gambir, Jakarta...dalam pada tu sempat jugaklah kitorang melelapkan mata...huhu

Sampai di stesen Gambir, Jakarta tengah hari tu, kitorang terus ambik teksi menuju ke Tune Hotel yang terletak di Pasar Baru Jakarta. Tune Hotel ni tak jauh dari Mangga Dua, tempat shopping terbesar disini.

Lepas check in kat hotel, berkemas, mandi dan apa yang patut..kitorang keluar dan sewa tuktuk pulak atau dikenali sebagai angkutan oleh orang tempatan ke Mangga Dua untuk lunch & shopping lagi ! haha.. 

Tuktuk di Indonesia ni sangat kecil berbanding tuktuk di Hatyai dan Phuket yang boleh muat dalam 4/5 orang. Kalau tuktuk di Hatyai macam lori kecik, yang kat Indonesia ni tuktuk nya macam motor beroda tiga yang cuma boleh muat 3 penumpang je. Tapi kitorang ni berempat..rasa tak berbaloi pulak sampai nak sewa dua tuktuk..so kitorang berhimpit jela dalam tu...hihi

Sorang kenalah berhimpit dengan drebar kat depan


 Hati2..jangan sampai tercicir plak nanti..macam sardin kitorang dalam nih!

Aku tak ingat lah berapa bayarannya, tapi jangan risau...tak mahal pun :) Camne pun, seram jugak naik tuktuk ni...bukan ape..aku risau terbalik je..huhu.. so..pautlah kuat2..

Di Mangga Dua ni macam GM jugak la.. kat sini macam berblok2 dan bertingkat2.. ada pelbagai macam barang spt handbag..jenama2 tiruan malah berkuali.. baju, kasut..murah2! shopaholic cam aku boleh gila jugak lah.. hee..

Tapi dek kerana keasyikan bershopping, aku tak hengat nak snap picture...emmm...

Sampai ke petang jugaklah kitorang kat sini..sampai capek di buatnya! so kitorang plan ambik tuktuk lagi & balik hotel dulu untuk berehat. Lepas tu..kitorang akan sambung shopping di Pasar berhampiran dengan Tune Hotel tu. Masa balik, tuktuk tu lalu jalan mana tah, lalu lorong2..mcm loron2 perumahan tak macam laluan masa kitorang pergi tadi... mak mertua aku dah membebel takut kene culik atau kene rompak.. mulanya aku takde la takut..kot supir tu nak jumpa somebody kat situ ke..tapi sebab mak mertua aku dah camtu..aku pun ikut cuak sama..hahah! Mampu diam dan bertawakal jela..tapi bila akhirnya nampak building Tune Hotel, lega la hati..supir ni bawak jalan short cut agaknya.. 

Petang tu, sambung jalan dan shopping2 souvenir di Pasar (aku tak ingat kalau ada nama pasar tu) dekat je dengan Tune Hotel tu...so jalan kaki je la..















Malam tu kitorang makan di cafe sebelah Tune Hotel je..Lepas makan, Mak aku & mak mertua aku dah penat berjalan, penat bershopping, so dorang naik atas untuk berehat..aku pulak dok tinggal situ berbual2 je dengan tunang aku tu sampai malam kian larut...
Lepas tu..kitorang berehat je la kat Hotel.. esok awal pagi nak check out dan terus ke airport awal2 sebab takut macet pulak pepagi tu nanti.. dengar kata, Jakarta punya jem 3kali ganda teruk dari jem kat KL !

Esoknya seperti yang dah plan, kitorang berangkat seawal jam 6pagi sedangkan flight pukul 11.00pagi...haa punya la risau mak mertua aku tu..takut jem nanti..

Masa keluar dari Hotel, depan jalan tu dah start jem dah..OMG.. patutlah...ada sekolah dekat2 situ.. orang hantar anak sekolah..letih tengok jln jem ni..
Kitorang sewa teksi yang cuma bayarannya RM25 tak silap aku utk ke airport Terminal 2. Tak ingat dah berapa...tapi still murah. Seeloknya ambik teksi biru sbb teksi biru tu memang murah..Walaubagaimapun, bayaran tol pulak penumpang yang kena keluar duit..huhu

Perjalanan ke airport yang ambik masa hanya 30-40minit yang dibawak dengan sangat laju oleh pemandu tu..tambahan pulak jalan highway tak jem..so kitorang dah sampai awal di airport. Lepas hantar mak mertua aku masuk ke departure hall, barulah kitorang ambik shuttle bas ke terminal 3. Beg2 akan disimpan di ruang beg belakang bas. Time ni pemandu bas tu mintak tips. Bagi jela berapa2 pun..sedekah..
Masa awal lagi, tp kitorang check in je siap2. Time check in tu..kena bayar tax dalam IDR150,000 ! Huhhh... so lepas check in..apa lagi...pergi mencekik la..




 Aku nak minum kopi..dibaginya air suam..then..suruh pergi bancuh sendiri..huhu

Flight yang dijadualkan pukul 11.00pagi tu ditunda ke pukul 1.00pm.., ingat nak terus masuk menunggu aje kat departure hall, pegawai kat situ bagitau dalam tu langsung takde benda..kang kalau lapar tak boleh nak keluar lagi..ye tak ye jugak..so kitorang lepak jela kat luar tu..

Dalam pada menunggu tu..sempat jugak la aku sambar blouse batik kat butik Batik Keris depan departure hall tu...hihihi...batik2 disitu cantik2 dan berkualiti..kalau lagi lama menunggu...lagi banyak aku sambar nih kang!

Batik blouse beserta belt harga dalam IDR 230000 atau RM60+ 
Standard la harga airport

Bila dah nak dekat pukul 1.00pm tu..ada announcement lagi.. kapal ke KL delay lagi sehingga diberitahu...adoiii...sampai kapan aku bisa menunggu nih! Terminal 3 tu pun bukannya besar. Dah muak dah aku mundar mandir disitu..dah makin macam2 pulak yang aku nak sambar kat airport tu.. Fridge magnet harga IDR55,000 atau RM15 seketul pun aku tibai gak sebab dah taktau nak buat ape lagi..kalau tau delay sampai petang, baik aku sambung shopping kat Mangga Dua tu! tapi nasib baik ada encik tunang bersama...heee... :P

Mak mertua aku dah siap landing2 kat umah da...nak taknak..kitorang masuk jugaklah ke departure hall dan menunggu disitu. Dalam tu, staff airasia bagi makan...


 Hepi sungguh dapat makan!




Taraa!!!

Erk...sambal pun pakai sos paket je...sepeket je pulak tu..nasik pun nak taknak je bagi..emm sedihnya..huhu

Takpelah...rezeki..dah lapar ni.. Kalau tak kerana airasia, tak merasa la jalan2 shopping sakan kan.. mengenangkan tiket return KL-Jakarta aku tu RM200 je utk 2 org..dapat bawak mak bersama..syukur sgt2! Lepas beberapa kali suap..aku jeling2 bekas makan tunang aku, and begitu jugak la dia.. nak mengecek la kot2 ada banyak lagi yang boleh di cuit sikit,,,haha! terkulat2 la masing2 tak cukup makan..hihihi
Eh, aku penah delay naik Firefly masa nak ke langkawi haritu, dorang bagi kupon untuk makan kat sebuah restoran kat situ, walaupun selected menu, tapi boleh la nak makan nasik and pelbagai menu..kenyang la jugak.. hoho. Return tiket time tu Subang-Langkawi RM60 je sorang (^^)v

Lebih kurang pukul 4pm, barulah kitorang dipanggil boarding dan syukur selamat sampai ke LCCT Sepang petang tu. Pengalaman berharga bercuti bersama bakal mak mertua disamping kenal2 dgn bakal mak mertua dengan lebih rapat lagi...hihi
Yang bestnya, tak perlu risau sangat berbelanja di Indonesia sebab segalanya murah2 dan berpatutan disana. (y)



1 comment :

  1. PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

    Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

    Salam kenal dari kami, Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport.
    Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
    Insha Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun dan peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat kawasan Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

    Special offer 2015... Jom tempah transport murah kat Bandung jer .

    Rate per Kereta per Day :

    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
    Rate: IDR 400.000 or RM 115

    # Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat)
    Rate: IDR 550.000 or RM 160

    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
    Rate: IDR 650.000 or RM 185

    # Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    # Toyota Hiace commuter (12 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    *Masa sewa 14 jam/hari (8am to 10pm)
    *Include : fuel, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
    *Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
    *Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
    *Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

    Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.

    Terimakasih,
    Bimo Mekarwangi Tour

    Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
    Email : bimomekarwangi@gmail.com
    Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport

    ReplyDelete